,
Laman Utama

#Travelmana: Jom Play Tourist Di Empat Hotel Mesra Kanak-Kanak Bersama Keluarga

Maliah Surip
21/11/2023
15:54 MYT
Musim cuti sekolah akan bermula kurang sebulan lagi. Pasti ada ibu bapa yang sedang merancang destinasi buat percutian bersama anak-anak.
Jika tidak ke luar negara, mungkin ramai yang ingin menghabiskan masa di ibu kota, Kuala Lumpur.
Selain mencari hotel yang punya kolam renang atau pemandangan menarik, ibu bapa juga mesti mahukan sesuatu yang lebih istimewa buat anak-anak seperti hotel mesra kanak-kanak.
Dan tahukah anda terdapat beberapa hotel mesra kanak-kanak di KL yang akan membuat percutian anda sekeluarga menjadi lebih bermakna?
Jom semak hotel dan mungkin jika bukan untuk percutian musim cuti sekolah, sekadar bermalam di hujung minggu pun tidak salah.

Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur

Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan konsep yang pertama seumpamanya diperkenalkan di Asia.
Dengan tema serba merah jambu yang sangat ikonik dengan patung Barbie, anda mempunyai pilihan membawa anak gadis menginap sama ada di Barbie Room atau Barbie Suite yang tentunya seperti masuk ke dunia Barbie.
Bukan hanya bilik, anda juga akan melalui pengalaman Barbie™ Pink Teatime In A Box yang dipersembahkan dalam suasana serba merah jambu. Ia antaranya ‘mempersembahkan’ hidangan seperti Yuzu Cream Macarons, Cameron Highlands Brinchang Strawberry Mousse, dan Yorkshire Pudding bersama Braised Wagyu Beef buat anda.
Dan bawalah pulang ‘buah tangan’ Patung Suprise Barbie sementara stok masih ada.
Percayalah pengalaman di Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur akan menjadi percutian manis yang pernah dilalui tanpa perlu bercuti jauh ke luar negara!
Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur, Jalan Pinang, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Hotel Olympic Malaysia

Mungkin Hotel Olympic Malaysia adalah hotel paling berwarna warni dan ceria buat kanak-kanak yang ada di ibu kota Kuala Lumpur.
Dikategorikan sebagai hotel empat bintang, ia tidak ‘mematikan’ tarikan Hotel Olympic Malaysia yang dikelolakan oleh Majlis Olimpik Negara ini dengan dekorasi yang menarik, elegan dan tentulah mesra kanak-kanak.
Antara yang menarik perhatian ibu bapa untuk sekadar play tourist dengan anak-anak adalah menginap di salah satu bilik mereka iaitu Junior Suite yang memiliki house bed. Tentu saja ini adalah tarikan utama buat anak-anak yang berusia di bawah 11 tahun.
Paling menarik adalah harganya yang boleh disifatkan berbaloi dan murah. Tempah bilik anda dengan harga serendah RM150 dan paling penting anak-anak akan sangat teruja dengan dekorasi yang ada.
Lokasi: Hotel Olympic Malaysia, Wisma Ocm, Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lake

Jika tidak mahu masuk ke kawasan segitiga Kuala Lumpur, Hotel DoubleTree by Hilton Putrajaya Lake yang terletak di Putrajaya adalah destinasi terbaik buat anda sekeluarga berehat.
Hotel ini akan menjadi hotel kegemaran anak-anak kerana fasiliti terutama taman tema airnya yang cukup menarik. Selain kolam renang yang besar dan mesra kanak-kanak atau dikenali sebagai Splash Pool, terdapat banyak permainan air yang akan membuat mereka menghabiskan masa berjam-jam dengan melakukan riadah luar.
Tidak cukup dengan ibu, anak-anak juga dihidangkan dengan pelbagai permainan tradisional kita seperti congkak dan ketinting yang akan membawa kembali nostalgia ibu bapa lalu memperkenalkan tradisi permainan tersebut kepada generasi baharu.
Selain taman tema air yang menjadi tarikan utama, tentu saja reka bentuk hotel ini dengan setiap ‘sayap hotel’ mempersembahkan Melayu, Cina, Borneo dan India disifatkan melambangkan Malaysia juga adalah sebab mengapa kalian wajib singgah tidur sehari dua di sini.
Dan tentulah bilik yang tersedia di hotel ini juga memuaskan. Tidak percaya? Kena cuba dan anda rasai pengalamannya sendiri.
Lokasi: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hotel Shangri-La

Sebuah lagi hotel yang menawarkan percutian mewah sekaligus mesra kanak-kanak adalah Hotel Shangri-LA.
Hotel ini mempunyai 662 bilik dan suite mewah, namun bonus tambahan untuk anda yang berkeluarga adalah menginap di bilik-bilik seperti Family Premier Suite atau Family Executive Room. Malah anak-anak mempunyai ‘hak’ untuk tidak membenarkan ibu bapa berada dalam zon mereka iaitu sebuah khemah yang sangat selesa.
Selain bilik, ada aktiviti luar yang menarik menanti anda dan anak-anak. Apakah itu? Kenalah rasai pengalamannya sendiri.
Dengan kadar bermula RM850, alami percutian mewah dan mengasyikkan di Hotel Shangri-La namun yang paling penting adalah anak-anak bahagia!
Lokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar