,
Laman Utama

#TravelMana: Di Malaysia Juga Ada Lokasi Hamparan Bintang Milky Way, Ini 6 Destinasi Pandang Langit Terbaik!

Azwa Rahman
12/03/2022
08:11 MYT
Kaki travel pasti yang gemarkan alam semulajadi pastinya rajin menjadikan pantai, gunung, hutan dan laut sebagai destinasi jelajah.
Berbeza dengan mereka yang gemarkan astronomi, langit yang hamparan bintang cerah rupanya ada peminat tersendiri.
Negeri-negeri di Malaysia juga tidak kurangnya menawarkan pemandangan langit yang cantik pada waktu malam, khas untuk anda merakam pemandangan angkasa, bintang-bintang atau lebih dikenali sebagai bima sakti (Milky Way).
Dah ready nak explore 6 destinasi langit cantik ini? Jom kita semak.
1. Tanjung Kesang, Mersing, Johor.
Tanjung Kesang yang terletak di Mersing ini merulaman lokasi cantik untuk anda yang mahu menikmati hamparan bintang di langit malam.
Jangan tak tahu, lokasi ini juga sebelum ini menarik perhatian peminat astronomi dari negara jiran, Singapura selain pelancong Eropah.
Dikatakan dari bilik rumah penginapan sudah boleh lihat dengan jelas bintang atau entiti angkasa dengan jelas.
2. Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kuala Kubu Bharu ialah merupakan tempat terhampir dengan Kuala Lumpur bagi merakam imej bima sakti.
Ramai peminat seni fotografi angkasa sanggup meredah semak dan menahan gigitan nyamuk demi kepuasan diri mendapatkan gambar terbaik.
Lokasi pilihan mereka berhampiran Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Kawasan ini mempunyai keindahan tasik yang mempesonakan dan dikelilingi oleh bukit bukau.
3. Kuala Penyu, Sabah
Terletak di pedalaman Sabah. Kawasan pantai ini terletak berhampiran dengan Taman Negara Pulau Tiga. Kuala Penyu menjadi tarikan apabila adanya Pantai Tempurung, sebuah pantai yang popular bagi penduduk tempatan.
Di Sabah, Kuala Penyu merupakan salah satu lokasi popular menyaksikan keajaiban langitnya. Tetapi jika anda gemarkan cabaran, Gunung Kinabalu juga menawarkan pemandangan menakjubkan bagi peminat astronomi.
4. Pulau Perhentian, Terengganu
Bukan sahaja terkenal dengan pulaunya yang indah dan air membiru, keadaan langit malamnya juga indah mempesonakan bagi yang tahu menikmatinya.
Langitnya yang bersih tanpa pencemaran memberikan anda peluang menyaksikan keindahan langit. Jika nasib anda baik, anda berpeluang menyaksikan taburan bintang-bintang begitu mengasyikkan.
5. Taman Negara Pulau Pinang
Warga utara juga tidak terkecuali, Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang merupakan lokasi ideal untuk merakam atau menyaksikan Milky Way dengan jelas.
Anda boleh berkhemah di mana-mana lokasi yang sesuai untuk mendapatkan fotografi terbaik bintang-bintang yang menghiasi langit.
6. Canada Hill, Miri, Sarawak.
Merupakan puncak tertinggi di Miri, Canada Hill ini juga dikenali dengan nama lainnya Bukit Telaga Minyak bersejarah (The Grand Old Lady). Dari puncak ini, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri.
Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Kredit foto: AK Tajuddin, Harris Jeffrey dan Instagram @hellows
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#Travelmana: Jalan Jalan Cari Makan! 3 Port Makan Best Di KL Cadangan The Michelin Guide Yang Korang Boleh Cuba

gempak
03/08/2023
13:54 MYT
Tempat makan yang menarik!
Laman Utama

#TravelMana: Pamer 400 Ribu Spesis Bunga, Jom Serbu Floria Diraja Putrajaya! Penggemar Orkid Wajib Datang

gempak
02/09/2022
20:13 MYT
Jom serbu weekend ni!
Laman Utama

#TravelMana: Tak Perlu Kuarantin, New Zealand Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia! Ini 3 Aktiviti Wajib Cuba

gempak
06/08/2022
03:57 MYT
Jom kumpul duit.
Laman Utama

[FOTO] #TravelMana: Fefeling Di Tokyo, Festival Terbesar Jepun Nihon Matsuri Di Bukit Jalil Hingga Ahad Ini!

gempak
30/07/2022
01:46 MYT
Rugi kalau tak pergi.
Laman Utama

#TravelMana: Ini 4 Lokasi Replika Kucing Di Bandar Kuching Yang Wajib Dikunjungi Pencinta Haiwan

gempak
15/04/2022
11:07 MYT
Hai si comel!