,
Laman Utama

Tragedi Tanah Runtuh: “Jeritan Minta Bantuan Segenap Arah, Pucat, Sejuk, Tidak Bernadi” - Anggota APM Kongsi Detik Cemas

Gempak
18/12/2022
02:44 MYT
Pada mulanya, sukar untuk Mohd Firdaus Abd Samad mempercayai laporan awal yang diterimanya mengatakan hampir 100 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, kerana jumlahnya terlalu besar.
Itulah reaksi awal Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor itu ketika ditanya pengalamannya sebagai seorang daripada anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden malang berkenaan.
“Semasa bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Selangor Jumaat lepas, kami terima panggilan dari MERS 999 mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.30 pagi.
“Saya terus menghubungi balai bomba untuk buat pengesahan kerana tidak percaya mangsa yang terlibat mencecah 100 orang.
“Setelah terima pengesahan dari pihak berkuasa termasuk polis, saya bersama Pegawai APM Hilmi Husman dan lima anggota yang lain bergegas ke tempat kejadian," katanya seperti dilapor Bernama.
Mohd Firdaus berkata setibanya di lokasi, selain kelibat pasukan-pasukan keselamatan yang lain, situasi di lokasi kejadian sangat hiruk-pikuk dan menyedihkan dengan suara jeritan meminta bantuan daripada mangsa kedengaran hampir dari segenap arah.
“Ketika pasukan penyelamat memulakan misi SAR, saya lihat beberapa orang mangsa bergerak keluar sendiri dari lokasi runtuhan ke arah yang lebih selamat. Ada di antara mereka menyalakan lampu suluh sebagai isyarat meminta bantuan," katanya.
Menurutnya, keadaan yang berselut mencecah paras lutut dan tanah yang licin menyukarkan pergerakan mereka memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan yang lain.
"Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu.
“Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.
“Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.
"Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya.
“Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya.
Firdaus berkata dengan pengalaman selama 17 tahun di dalam APM yang mengajarnya menjadi profesional, beliau dan pasukannya kekal tenang mengeluarkan si anak diikuti isteri mangsa selepas itu.
APM adalah antara lima agensi utama terlibat dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang kini memasuki hari ketiga.
Setakat petang semalam, 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Viral

Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

gempak
28/08/2024
04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Dua Kali 'Flushing', Mangsa Belum Dijumpai” – DBKL

gempak
26/08/2024
01:55 MYT
Sebanyak dua kali teknik 'flushing' dilaksanakan bagi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga asing yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara, sejak petang Ahad.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.
Berita

Ini Lima Tragedi Tanah Jerlus Yang Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
25/08/2024
18:55 MYT
Insiden seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini ternyata mengejutkan negara.