,
Laman Utama

Tom Pernah Kena Sorok Orang Bunian - "Kampung Tu Pasir Putih, Semua Perempuan..."

Amri Hassan
10/09/2023
03:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman dipercayai disorok oleh orang bunian ketika berusia tiga tahun.
Kongsi Tom, peristiwa itu berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.
"Masa umur 3 tahun, Tom pernah hilang beberapa lama dekat kampung di Kuala Kangsar. Family semua cakap Tom kena sorok dengan bunian.
"Tapi tak tahulah betul ke tak. Tapi yang Tom ingat time hilang tu Tom tiba-tiba ada kat sebuah kampung, pasir dia putih bersih, bumbung rumah semua segi tiga.
"Rumah dekat-dekat satu sama lain. Rumah kecil je, atas pasir putih tu.
"Lepas tu keluar semua penghuni perempuan je yang Tom jumpa. Semua buka pintu, jenis pintu buka tolak dari bawah ke atas. Semua rumah jenis pakai pintu daun.
"Mereka macam mengalu-alukan Tom yang tengah nangis. Semua dukung Tom. Main-main dengan Tom. Nyanyi tepuk-tepuk macam pujuk jangan nangis," ceritanya.
Tambah Tom, dia bagaimanapun tidak dapat mengingati dengan jelas kejadian selanjutnya sehinggalah dia sedarkan diri dihantar orang kampung ke rumah neneknya.
"Lepas tu Tom tak ingat apa dah. Yang Tom ingat Tom sedar nenek Tom tengah nangis orang kampung hantar Tom balik kat depan rumah nenek.
"Tapi yang hantar tu bukan perempuan yang jumpa tadi tapi makcik pakcik tua kampung. Mereka cakap jumpa Tom dalam semak tengah tidur.
"Sampai sekarang Tom tak boleh lupa. Tapi pasal kena sorok bunian tu Wallahualam. Tapi memang sampai sekarang Tom dan family semua ingat. Mak Tom pun pernah cerita benda ni kat Fuad (suami Tom)," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.