,
Laman Utama

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!

Hanafis Haris
17/05/2022
12:11 MYT

Buat penggemar permainan konsol PlayStation, pastinya Uncharted bukan satu nama yang baru buat mereka.

Ini kerana Uncharted yang telah terjual lebih 41 juta unit ini merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan dipasarkan oleh Sony Interactive Entertainment khas untuk platform PlayStation sejak tahun 2007 lagi.

Kali ini, game ini telah ‘dihidupkan’ menjadi sebuah filem.

Jadi apa menariknya tentang filem ini, Ini antara lima fakta anda perlu tahu!

#1 Tujuh Pengarah Berbeza

Sejak Sony mendapat hak pelesenan siri permainan video pada tahun 2008, dikatakan sebanyak tujuh pengarah telah cuba untuk menghasilkan filem Uncharted sebelum Ruben Fleischer akhirnya komited dengan projek itu.

Beberapa pengarah yang dicadangkan termasuklah Shawn Levy, Dan Trachtenberg, dan yang paling menarik, David O'Russell.

#2 Penggambaran Uncharted Terhenti Pada Hari Pertama Babak Tom Holland

Agak malang bagi Tom Holland apabila filem itu terpaksa dihentikan akibat Covid-19.

Lebih mengejutkan, penggambaran terpaksa dihentikan pada hari pertama babak Tom Holland.

#3 Holland Rasa Dia Buat Pilihan Lakonan Yang Teruk

Sesetengah peminat menganggap Tom Holland tidak cukup umur dan tidak kelihatan seperti di permainan asal.

Malah, Holland menganggap dia membuat pilihan lakonan yang teruk ketika penggambaran filem itu.

Pelakon itu pada dasarnya mengatakan bahawa dia membuat kesilapan kerana cuba kelihatan terlalu ‘cool’ dalam adegannya, daripada memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan pada masa itu.

#4 Aksi Kapal Terbang Adegan Aksi Paling Sukar Pernah Dilakukan Holland

Adegan pesawat yang banyak dipaparkan dalam treler, serta babak Holland tergantung pada kargo ketika ia jatuh dari pesawat. Semuanya mencabar!

Holland menjelaskan bahawa setakat ini, itu adalah adegan aksi paling sukar pernah dirakamnya sepanjang kariernya.

#5 Mark Wahlberg Inspirasi Holland Untuk Bina Muscle

Tom Holland menjelaskan dia takut jika kelihatan seperti kanak-kanak di sebelah Mark Wahlberg.

Hakikatnya Wahlberg akan membuat sesiapa kelihatan kurus jika digandingkan dengannya.

Holland memberitahu bahawa semua yang dia lakukan hanyalah makan dan berlatih selama lima bulan dan itu semua itu kerana Mark Wahlberg.

Apapun jangan lupa sewa ‘Uncharted’ pada bila-bila masa di Astro Best (Saluran 481) dan On Demand Store menerusi Ultra Box & aplikasi Astro GO.

Sewa & strim sekarang untuk menang sebuah Sony PlayStation® 5 + Uncharted PlayStation® 2 Game Collection Bundle dan barangan eksklusif! ?Maklumat lanjut di https://promotions.astro.com.my/details/unchartedcontest

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lebih Banyak Magis & Pickett! Ini 5 Fakta Menarik Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore!

gempak
03/06/2022
10:01 MYT
Nantikan aksi lucu Pickett!
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

gempak
22/04/2022
07:17 MYT
Anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Laman Utama

Bermula Daripada Komik & Pengarah Pernah Kena Reject? Ini Fakta Menarik Francais The Matrix Anda Perlu Tahu!

gempak
06/02/2022
07:51 MYT
Filem baru ni mesti best!
Laman Utama

Terlepas Tengok Wayang? Jangan Sedih, Anda Boleh Tonton Ghostbusters: Afterlife & Peter Rabbit 2 Menerusi...

gempak
19/01/2022
11:30 MYT
Boleh layan!