,
Hiburan

Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

Asyikin Mayudin
19/03/2024
06:25 MYT
Selepas sebulan melahirkan cahaya mata pertama, pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka di Jabatan Pendafatran Negara (JPN).
BERITA TRENDING: Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, segala proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, selesai daftar kelahiran anak. Daftar sijil lahir. Segalanya dipermudahkan.
"Wah, bapa (Fuad) orang Singapura ada anak Malaysia, haha," kongsinya.
Sementara itu, pada perkongsian yang lain, Tom turut mengumumkan nama anaknya.
"Secara rasminya, nama anak ialah Putri Anggun Lovellia. Boleh panggil Anggun, Putri, Love atau Vel. Tapi mama (Tom) panggil baby," tulis Tom.
Pada 18 Februari lalu, Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 2.30 pagi, Ahad.
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”

gempak
11/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Hiburan

Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

gempak
10/03/2024
12:55 MYT
Alamak netizen ni...