,
Berita

Tol Percuma 8 & 9 Februari Sempena Tahun Baharu Cina

Gempak
07/02/2024
04:05 MYT
Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina (CNY), pada 9 dan 10 Februari ini.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam pada 8 Februari (Jumaat) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari (Sabtu).
Katanya, pendekatan pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos hidup rakyat.
"Implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
"Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
"Tol percuma oleh kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.
"Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Selain itu, Alexander turut mengingatkan agar aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlu dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan CNY ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.
Tambah beliau, pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch 'n Go serta eWallet adalah mencukupi.
"Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.
"Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Berita

Cari Gula-Gula Dalam Tepung, Tarik Upih… Altimet Rancang Adakan Sukan Rakyat

gempak
09/04/2024
11:55 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet merancang untuk menganjurkan sukan rakyat bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan penduduk dikawasannya.
Viral

Netizen Terkejut Restoran Ini Naikkan Caj Perkhidmatan Kepada 15% Sempena Tahun Baharu Cina

gempak
12/02/2024
06:55 MYT
Menerusi hantaran yang dibuat di platform X, pelanggan tersebut berkongsi yang caj perkhidmatan dikenakan oleh restoran tersebut adalah sedikit tinggi berikutan sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula pada Sabtu lalu
Terkini

Bolehkah Umat Islam Sambut Tahun Baharu Cina, Makan Yee Sang? Ini Jawapan Ustazah Asma’ Harun

gempak
10/02/2024
04:55 MYT
Menyentuh isu ini, pendakwah, Ustazah Asma’ Harun memberi pencerahan mengenai hukum menyambut Tahun Baharu Cina dan perkara-perkara berkaitan dengannya
Gaya Hidup

Rai Tahun Naga Tahun Baru Cina Bersama 'Big Prosperity Celebration' Di Pavilion Bukit Jalil!

gempak
31/01/2024
10:23 MYT
Pavilion Bukit Jalil menyambut Tahun Naga yang megah melalui kempen Tahun Baru Cinanya - Big Prosperity Celebration sehingga 25 Februari 2024!