,
Sukan

Tokoh Sukan Bola Keranjang Yeoh Choo Hock Meninggal Dunia

Awani
16/11/2024
04:55 MYT
Tokoh sukan bola keranjang dan pentadbir sukan antarabangsa ternama Datuk Yeo Choo Hock meninggal dunia.
Choo Hock yang dijadual menyambut ulang tahunnya ke-80 pada 10 Dis ini, meninggal dunia di sebuah hospital di Cyberjaya, meninggalkan isteri, dua anak perempuan dan lima cucu.

BERITA BERKAITAN:Premier League Dan Astro Bekerjasama Perangi Cetak Rompak Digital Di Malaysia

BERITA BERKAITAN:Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

BERITA BERKAITAN:Terpaksa Tanggung Kos Rawatan Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Dedah Punca Gagal Beli Polisi Insurans Baharu - “Malangnya Manusia Yang Buka…”

Bekas setiausahanya Lilian Mah berkata Choo Hock telah dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.
Mendiang banyak menyumbang masa dan tenaga selama lebih tiga dekad kepada acara sukan bola keranjang, bermula sebagai pemain dan membina kerjaya yang luar biasa dalam pentadbiran bola keranjang, termasuk tempoh 17 tahun sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dari 1990 hingga 2007, dan sebagai Naib Presiden dari 2008 hingga 2009.
Pencapaian cemerlang beliau termasuk mengetuai pasukan bola keranjang kebangsaan Malaysia meraih pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 dan mempromosikan bola keranjang antarabangsa dengan menganjurkan kejohanan besar seperti Kejohanan Bola Keranjang Wanita Dunia di Malaysia.
Choo Hock merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap bola keranjang di Malaysia, malah melangkaui Asia Tenggara, sehingga beliau diberi penghormatan menjadi Setiausaha Agung Emeritus Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) Asia.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Asia Tenggara (SEABA) (1994-2006), Setiausaha Agung FIBA-Asia (1998-2012) dan Naib Presiden FIBA (2003-2006). Beliau juga memegang jawatan Pesuruhjaya FIBA di empat Sukan Olimpik dan beberapa Kejohanan Dunia FIBA.
Bagi menghormati sumbangan dan legasi Choo Hock yang tidak ternilai dalam sukan itu, Presiden MABA Datuk Seri Lee Tian baru-baru ini mencalonkan nama mendiang untuk disenaraikan dalam Hall of Fame Bola Keranjang FIBA.
Terletak di Mies, Switzerland, Hall of Fame Bola Keranjang FIBA ditubuhkan pada tahun 1991 bagi mengiktiraf individu yang telah membuat sumbangan besar kepada bola keranjang antarabangsa.
MABA dalam hari ini berkata Choo Hock lebih daripada seorang pentadbir semata-mata, malah beliau juga seorang pemimpin yang berwawasan, mentor dan memberi inspirasi kepada semua orang yang mengenalinya.

"Dedikasinya yang tidak mengenal penat lelah terhadap kemajuan bola keranjang adalah warisan yang akan kekal dalam diri pemain, jurulatih dan peminat yang tidak terkira banyaknya, menjadi inspirasi kepada semua di sepanjang hayatnya.

Impaknya terhadap bola keranjang Malaysia dan antarabangsa tidak terkira," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

gempak
15/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.
Berita

Tun Daim Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

gempak
13/11/2024
02:01 MYT
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Terkini

Mahu Bawa Malaysia Ke Persada Dunia, Lan Pet Pet Dah ‘Ready’ Nak Sertai Asia’s Got Talent - “Antara Bakat Yang Akan Ditonjolkan…”

gempak
10/11/2024
12:55 MYT
Pelawak, Lan Pet Pet memaklumkan dia bakal menyertai pertandingan Asia’s Got Talent sebelum dirinya berhijrah ke Kota Madinah tahun hadapan.
Hiburan

“Semoga Tok Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman” - Nenek Elisya Sandha Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun

gempak
27/10/2024
08:31 MYT
Nenek kepada pelakon, Elisya Sandha meninggal dunia pada Ahad.
Hiburan

Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia - “Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Bapa Saya”

gempak
27/10/2024
02:41 MYT
Penyanyi rap, MK K-Clique memaklumkan bahawa bapanya, Hamdan Haji Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.
Unitar