,
Laman Utama

TMSMY3: “Makasih Sayang Simpan Rahsia” - Zizi Kirana Jadi Bertih Jagung, Yusuf Bahrin Terpaksa ‘Kunci’ Mulut

Mya Amri
19/02/2023
09:30 MYT
Penyanyi, Zizi Kirana mengucapkan terima kasih kepada suami tersayang, Yusuf Bahran kerana memberikan sokongan sepanjang menjadi maskot Bertih Jagung di The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).
Menerusi hantaran di Insta Stories miliknya, Zizi berkongsi bahawa mereka suami isteri terpaksa menyimpan rahsia mengenai penglibatannya dalam TMSMY3. “Macam jaga rahsia besar negara masa ni kan sayang,” tulis Yusuf.
“Ya sayang, kalau tak nanti kita kena saman juta-juta lemon. Terima kasih sayang sebab tolong simpan rahsia,” balas Zizi pula.
BACA: TMSMY3: Bertih Jagung Memang Zizi Kirana! Alamak Netizen Rupanya Dah Jangka Tersingkir - “Ala Suara Out Sikit”
Terdahulu, Bertih Jagung terpaksa akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).
Minggu ini menyaksikan Bertih Jagung menyampaikan lagu berjudul Akar Dan Bumi nyanyian kumpulan Amuk.
Selain Bertih Jagung, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Dewi Angsa dan Brokoli.
Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.
the-hardest-singing-show

THSS: “Saya Pakai Niqab Untuk Majlis Tertentu” - Zizi Kirana

gempak
20/05/2024
05:55 MYT
Bintang program realiti, The Hardest Singing Show, Zizi Kirana menjelaskan kekeliruan orang ramai berkenaan dengan penampilannya sama ada berniqab atau sebaliknya.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!