,
Laman Utama

TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."

Amri Hassan
04/10/2023
01:35 MYT
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersyukur beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.
BACA: Remaja 14 Tahun Disyaki Terlibat Dalam Insiden Tembakan Rambang Siam Paragon
Tengku Mahkota Johor berada di Bangkok untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG Pathum United.
Dalam kemas kini di media sosial, TMJ menceritakan situasi cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila penembak mula melepaskan tembakan dan orang ramai mula meluru masuk ke dalam lobi hotel di mana mereka menginap, untuk mendapatkan perlindungan.
"Kami membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya. "Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku," tulis TMJ.
Tambah TMJ, apa yang difikirkannya ketika itu ialah untuk membawa keluarga dan pasukannya keluar dari situasi bahaya secepat mungkin. Mereka kemudian dibawa ke Kedutaan Singapura yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
"Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis," katanya sambil memaklumkan mereka sekeluarga kini berada di kedutaan, dan sudah pun menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk memaklumkan situasi semasa.
"Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh.
"Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang… pic.twitter.com/SG4G558Tvi— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 3, 2023
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Unitar