,
Laman Utama

Tiz Zaqyah Syukur Rezeki Dapat Melawat Abdurrahman, Sampai Ke Muar Hantar Sumbangan

Syafiqah Jalal
05/09/2023
05:43 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah bersyukur kerana berpeluang melawat adik Abdurrahman yang baru sahaja kehilangan ibu bapa bersama empat lagi adiknya yang terlibat dalam insiden kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Johor, beberapa hari lalu.
Tiz bersama rakannya ke Muar, Johor dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan hasil derma orang ramai kepada remaja berusia 19 tahun itu semalam.
"Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah Makciknya di Muar.
"Alhamdulillah,ramai juga yang datang melawat.
"Terima kasih juga kepada yang menderma.
Semoga Allah swt permudahkan semuanya untuk adik Rahman.Salam Takziah. Al-fatihah," tulisnya.
Pelakon drama LIAR itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama rakan bergambar dengan Abdurrahman.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan remaja lelaki itu.
"Setiap kali ternampak mengenai post adik ini pasti sedih," komen seorang pengikut laman sosial.
"Sembab mata dia, kesiannya la. Harap mental dia kuat," kata seorang netizen
"Terima kasih Tiz datang melawat adik Rahman," ucap seorang warga maya.
Terdahulu, jenazah keenam-enam beranak yang maut dalam insiden kemalangan tersebut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di sini.
Mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Amir Ruddin dan Norahimah serta empat anaknya iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Seorang lagi anak pasangan itu yang menaiki kenderaan sama, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.