gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
Firdaus
08/09/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.

Kongsi Pengalaman Gelap Rakan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, aktres berusia 36 tahun itu berkongsi tentang pengalaman buruk yang dialami oleh teman rapatnya.

“Saya ada seorang kawan rapat yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri...

“Saya ada seorang kawan rapat yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri. Semuanya bermula dari menyentuh bibir sehingga berciuman di sebalik pintu tertutup,” kongsinya.
Tambah Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak lagi, rakannya itu tidak dapat bersuara atau mengambil sebarang tindakan dek kerana memikirkan ikatan kekeluargaan.
“Dia tahu apa yang pak cik dia buat itu salah, tetapi dia tak boleh menjerit (bersuara) kerana itu pak cik dia!
“Berapa lama dia menderita sehingga dia cukup ‘dewasa’ untuk keluar dari situasi itu,” katanya.

Bengang Netizen Pertahankan Abang Bas

Dalam pada itu, Tiz turut menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang masih menyokong tindakan pemandu bas tersebut.
“Gila korang ni. Sedangkan bapa rogol bayi bersepah, ini kau nak pertahankan apa lagi?” getusnya.
I have a close friend, yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri, and it all started from touching the lips, to kissing behind closed doors. She knew whatever pakcik dia buat is wrong, but she cant scream because? Itu pak cik dia! Kau faham? How long she suffered until…
— ?TIZZY???Solo Sapien??? (@TI25AQYAH) September 6, 2024
Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.

BERITA TRENDING: Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

BERITA TRENDING: Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

BERITA TRENDING: “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid murid tersebut dengan jelas.
Topic Berkaitan
#Viral
#Netizen
#Selebriti
#Artis
#Isu
#Tiz Zaqyah
#Pedofilia
#Seksual
#Gangguan Seksual
#Abang Bas
Must-Watch Video