,
Hiburan

“Tipulah Kalau Tiada Pasang Surut Dalam Hubungan” - Maya Karin & Jejaka Perancis Masih Berkawan Rapat

Mya Amri
01/04/2024
05:55 MYT
Pelakon Maya Karin mengakui masih berkawan rapat dengan seorang jejaka Perancis dan usia perkenalan mereka sudah memasuki dua tahun.
Menurut Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, hubungan mereka dalam keadan baik walaupun ada kalanya jarang berjumpa untuk tempoh yang lama disebabkan mereka sibuk dengan urusan kerja.
"Saya masih beterusan dengan lelaki itu, masih yang sama. Saya dengan dia ada kalanya tidak berjumpa untuk tempoh masa yang lama, dalam tiga minggu begitu. Dia sibuk dengan kerja dia dan saya juga sibuk dengan kerja saya.
"Saya cuba menjadi seorang yang realistik. Saya pun sudah cakap dengan dia kita tidak akan berjumpa untuk masa yang panjang.
"Kalau nak berjumpa, mungkin dia boleh lah datang di lokasi penggambaran lihat saya tengah bekerja. Sebab dia suka tengok saya bekerja," katanya.
Maya berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Petaling Jaya pada Sabtu.

Tak sangka masih bertahan

Dalam pada itu ketika ditanya adakah jejaka berkenaan merupakan individu yang paling istimewa di dalam hati, Maya mengiyakan pertanyaan tersebut.
Malah kata dia tidak menyangka apabila hubungan mereka mampu bertahan sehingga kini.
"Saya pun agak terkejut apabila hubungan kami ini boleh kekal lama hingga kini. Jangkaan saya hanya dua tiga bulan sahaja kemudian reda dan pasrah.
"Namun sedar tidak sedar, hubungan kami sudah masuk tempoh dua tahun, lama juga. Tidak sangka sebenarnya.
"Tipu kalau tiada pasang surutnya dalam hubungan, tetapi sekarang dua-dua saling memahami," ujarnya.

Diusik hal perkahwinan

Diusik mengenai hal perkahwinan, Maya bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada takdir.
"Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi kerana dulu saya sangat gembira dan menikmati momen perkahwinan.
“Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah, terserah kepada perancangan-Nya," kongsinya lagi.

BERITA TRENDING: Sedang Mengenali Hati Jejaka Berdarah Kacukan Perancis, Maya Karin; “Saya Terbuka Untuk Berkahwin dan..."

Terdahulu, Maya sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka Perancis namun tidak mendedahkan identitinya.
Maya juga turut dilihat ditemani lelaki itu sewaktu menghadiri majlis pelancaran minyak wangi miliknya iaitu By Maya Karin tahun lalu.
Untuk rekod, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Britain iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 24 Julai 2008.
Namun jodoh tidak panjang apabila perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 16 Julai 2010.
Dalam perkembangan terkini, Maya bakal membintangi sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.
Filem yang turut dijayakan oleh Datuk Aaron Aziz, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dap Dap tersebut bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Hiburan

Muatnaik Status Tentang ‘Beautiful Woman’, Hantaran Jefri Nichol Curi Perhatian Netizen - “Ameera Khan Kan?”

gempak
17/11/2024
01:20 MYT
Selepas tular foto berpegangan tangan bersama pempengaruh Ameera Khan, pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia.
Hiburan

Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

gempak
14/11/2024
21:55 MYT
Nama pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular video manis nya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Berita

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

gempak
11/11/2024
18:55 MYT
Cinta tidak berbalas merupakan punca dua beranak dibunuh di hadapan sebuah lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini pada Khamis lalu.
Hiburan

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

gempak
02/11/2024
07:00 MYT
Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.
Unitar