Laman Utama
“Tipu Bini Memang Berlaku, Para Isteri Boleh Jadikan Filem Ini Rujukan” – Joey Daud Pernah Tipu Bini?
Penyanyi, pelawak dan pelakon Joey Daud menafikan filem 10 Tips Tipu Bini mengangkat isu negatif dan menggalakkan para suami untuk menipu isteri masing-masing.
Menurut Joey filem tersebut merupakan komedi ringan tetapi ia berlaku setiap hari dalam kalangan masyarakat.
“Cuba bagitahu saya ada tak suami yang tidak menipu isteri? Tak kiralah penipuan kecil atau besar ia tetap dikira menipu.
“Dalam filem ini nanti boleh nampaklah macam mana para suami menggunakan taktik-taktik yang ‘power’ nak tipu bini sampai berjaya.
“Saya sendiri pernah tipu bini, menipu kalau saya kata tak pernah langsung. Tapi itu dulu-dululah…Bohong sunat…,” katanya ketawa.
Joey berkata, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil oleh para isteri selepas menonton filem arahan Azizi Chunk Adnan itu.
“Pengajarannya mudah, selepas dah tonton filem ini nanti para isteri dah boleh ‘aware’ la setiap kali suami cuba menipu.
“Apa-apa filem pun kalau kita ambil dari sudut positif maka positiflah ia. Lagi pun 10 Tips Tipu Bini adalah hiburan semata-mata. Memang untuk bergelak ketawa bersama keluarga.
“Tapi apa yang saya nampak, filem ini menunjukkan kepada kita semua tentang kesan sekiranya tiada kejujuran kepada pasangan masing-masing,” katanya positif.
Dalam pada itu Joey turut berkongsi pengalaman bekerja di set penggambaran bersama Awie yang juga penerbit filem 10 Tips Tipu Bini serta pelakon-pelakon lain seperti Ropie, Khir Rahman, Vicha, Nasir Bilal Khan, Jehan Miskin, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.
“Yang saya tahu di set penggambaran kami semua ‘fun’ bekerja dalam keadaan gembira dan tidak tertekan.
“Walaupun terpaksa konvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, rasa penat tu tak terasa langsung. Kami bekerja tanpa tekanan walaupun terpaksa mematuhi SOP sepanjang penggambaran,” katanya.
Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang tiga sahabat baik Raff (Ropie), Kay (Khir Rahman) dan Jepp (Joey) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di syarikat pengiklanan Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato’ Dean (Azlee Senario) di Kuala Lumpur.
Raff, Kay dan Jepp hebat di tempat kerja tetapi sebaliknya di rumah kerana takut dengan isteri masing-masing.
Mereka juga mempunyai kelab motor berkuasa tinggi Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Raff, Kay dan Jepp selalu mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tapi ‘takut-takut’.
Sehinggalah tiga orang gadis pelatih muncul di syarikat dan bekerja bersama mereka dan para suami yang mengalami masalah ‘krisis pertengahan umur’ ini mula memasang niat nakal untuk memikat tiga gadis tersebut.
Jadi bermulalah penipuan terhadap isteri masing-masing kerana mahu mendekati gadis-gadis muda iaitu Anna(Elizabeth Tan), Eisya (Amy Nur Tinie dan Sara (Monica Picca).
Nak tengok gelagat Raff, Kay dan Jepp menipu isteri mereka Aishah (Vicha), Khatijah (Ziema Din) dan Jas (Nazia Mustafar) nantikan 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480) mulai 7 Januari ini.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini seisi keluarga secara berulang-ulang dalam tempoh 48 jam!
Must-Watch Video