,
Laman Utama

Tinggalkan Pentas Peragaan, Neelofa Doakan Halima Aden Terus Istiqamah

Fiza Kamarudin
28/11/2020
09:18 MYT
Personaliti versatil, Neelofa mengucapkan rasa syukur selepas mengetahui sabahatnya peragawati terkenal dunia Halima Aden meninggalkan dunia peragaan.
Halima pada Rabu lalu telah berkongsi di laman sosial Instastory mengenai keputusannya meninggalkan dunia glamor.
Antaranya dia tidak mahu lagi terlibat dengan penggambaran yang tidak menjaga hijab atau memaksanya melewatkan solat.
Sementara itu Neelofa menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya berkata, persaraan Halima adalah berita paling menggembirakan buat dirinya.
My favorite headline ever!!! Yess this is goals, Masha-Allah! I am so happy finally,” tulisnya pada sebuah hantaran yang memaparkan berita mengenai keputusan nekad Halima.
Memetik laporan Insider.com peragawati berusia 23 tahun itu turut menyatakan rasa bersalah kerana telah merosakkan kepercayaan agamanya menerusi cara berpakaian.
Malah dia berasa turut kesal kerana pernah terlibat dengan penggambaran meletakkan seluar jeans di atas kepala sebagai pengganti hijab.
"Saya salahkan diri sendiri kerana lebih memikirkan tentang peluang dan tawaran daripada apa yang sebenarnya dipertaruhkan.
“Saya turut menyalahkan industri ini kerana kekurangan penata gaya yang memahami fesyen sebenar wanita muslim,” katanya.
Halima adalah pelarian warga Somalia yang menetap di Amerika Syarikat sejak kecil. Karier Peragaan Halima mula mendapat perhatian dunia selepas dia menyertai pertandingan ratu cantik Amerika Syarikat.
Selama empat tahun bergelar model, Halima membiarkan sahaja fesyen hijabnya ditentukan oleh penata gaya, begitu juga cara pemakaiannya serta solekan.
Halima turut mendedahkan bahawa ibunya tidak pernah setuju dengan keputusannya untuk menjadi seorang model kerana tidak mahu dia tersasar dari ajaran Allah.
Sepanjang bergelar model, Halima telah muncul di kulit depan majalah Vogue Arabia, Teen Vogue, Elle, dan pernah menjadi model pakaian mandi Muslimah untuk majalah terkenal Sports Illustrated.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.