,
Laman Utama

Tinggalkan Manchester United, Cristiano Ronaldo Sah Sertai Kelab Arab Saudi Al Nassr!

Gempak
31/12/2022
03:25 MYT
Cristiano Ronaldo telah menyelesaikan perpindahan ke Al Nassr.
Ronaldo sangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Pro Saudi selepas menamatkan kontrak bersama Manchester United akhir November lalu.
Selepas diketepikan daripada kesebelasan utama di United, Ronaldo yang hanya menjaringkan satu gol Liga Perdana Inggeris musim ini, memberitahu Piers Morgan dia tidak menghormati ketua jurulatih, Erik ten Hag dalam temu bual yang penuh kontroversi.
Komen itu, serta pengisytiharan Ronaldo bahawa United telah 'mengkhianatinya', menyebabkan Red Devils menamatkan hubungannya sejurus selepas permulaan Piala Dunia di Qatar.
Al Nassr muncul sebagai pendahulu dan semalam perpindahan pemain berusia 37 tahun itu disahkan secara rasmi.
Laporan mencadangkan Ronaldo telah menandatangani perjanjian selama dua setengah tahun dan akan memperoleh GBP62 juta (RM330 juta) setiap musim.
"Sejarah dalam pembikinan," kata Al Nassr dalam ciapan di akaun Twitter kelab tersebut. "Ini adalah tandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan perempuan untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda @AlNassrFC."
Langkah Ronaldo dilihat berkesan melabuhkan tirai pada salah satu kerjaya terhebat dalam sejarah bola sepak elit Eropah.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak lima kali - empat kali bersama Real Madrid dan sekali bersama United, manakala jumlah 140 golnya adalah yang tertinggi dicatatkan dalam pertandingan kelab utama Eropah.
Ronaldo juga merupakan penjaring terbanyak Madrid sepanjang zaman dengan 450 gol, manakala dia menjadi pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa tahun lalu.
Beliau kini mempunyai 118 gol senior untuk Portugal.
Sumber: Astro ARENA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
22/11/2024
06:33 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Viral

Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

gempak
08/11/2024
20:45 MYT
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Berita

Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira, Mula Operasi Tahun Depan

gempak
03/09/2024
15:59 MYT
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Sukan

UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

gempak
24/06/2024
12:55 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.
Unitar