VIRAL
Timbul Pelbagai Spekulasi, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Kronologi Arwah Isteri Jatuh - “Tak Mungkin Akiko Nak Terjun”
Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi detik cemas ketika melihat Allahyarham isterinya iaitu Akiko Okumura sudah jatuh dari tingkat empat bangunan rumah mereka.
Tak sedap hati
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ridzuan berkata dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat isterinya tiada di rumah ketika mereka bangun dari tidur.
BERITA TRENDING: Kerap Kongsi Video Anak, Netizen Harap Ridzuan Ridzokumura Beri Ruang Sky Untuk Bersedih Secara Privasi - “Kadang Kesian Tengok…”
BERITA TRENDING: Polis Sahkan Wanita Jepun Jatuh Dari Tingkat 4 Isteri Usahawan Dan Pempengaruh
BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
BERITA TRENDING: Emosi Sky Masih Belum Stabil, Ridzuan Ridzokumura Cuba Pulihkan Semangat Anak - “Setiap Hari Dia Menangis Ingat Mummy”
“Saya ke meja makan tapi tak ada sarapan, dah rasa tak sedap hati. Saya pergi ke bilik sebelah, saya tengok jendela dah terbuka, saya terus tanya Sky mana mummy.
“Sky ingatkan mummy dia pergi beli barang dapur. Tapi takkan pagi-pagi pergi beli barang kan. Tapi saya dah tak sedap hati, saya lari ke bilik air utama dan saya panjat untuk tengok dekat bawah.
“Saya nampak arwah dah jatuh dekat bawah, lepas tu saya dah tak boleh buat apa. Sky pun waktu itu nak pergi sekolah. Saya panggil Sky untuk turun ke bawah untuk tengok mummy dia,” kongsinya.
Nadi sudah tiada
Ridzuan turut memberitahu dia ada mencuba untuk kejutkan isterinya namun selepas pemeriksaan, nadi arwah sudah tiada.
“Arwah jatuh atas tanah… bukan atas batu. Saya nampak lekuk, saya terus kejutkan dia ‘honey wake up, wake up’. Masa saya dari atas, saya nampak ada tiga orang sudah berada di bawah dan terus menjerit minta mereka hubungi polis dan ambulans.
“Lepas itu, saya nak minta isteri saya bangun… tapi saya tak alihkan muka dia, sebab bimbang dia masih ada nyawa lagi dan takut badan dia ada patah ke apa.
“Tak lama lepas itu, saya lari ke atas semula sebab dia pakai baju tidur, saya lari ke atas untuk ambil towel untuk tutup badan dia. Ambulans sampai dulu, dia periksa nadi isteri saya.
“Nadi dia dah tak ada… Ya Allah, hanya tuhan yang tahu hati ini,” katanya dalam keadaan sebak.
Punca sebenar
Pada perkongsian yang sama, Ridzuan bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui punca sebenar isterinya jatuh.
“Isteri saya ini memang suka mengemas dan dia memang nak mengemas sebelum berpuasa. Jadi saya tak tahu dia jatuh itu sebab dia kemas ke. Saya tak tahu sebab saya dah tidur malam itu.
“Saya rasa Akiko tergelincir, tak mungkin Akiko nak terjun,” ujarnya.
@ridz_okumura02 Selamat pagi semua!! Boss kita dah buat statement ini pagi!! #ridzokumura #akiko #skytaizo #viral #akikookumura #new #berita #beritatiktok #fyp #malaysiatiktok ♬ original sound - Ridz Okumura
Must-Watch Video