,
Laman Utama

Tiktoker Berhenti Kerja Lepas Terpegang Najis Di Bilik Persalinan Butik ...

Maliah Surip
06/10/2022
14:45 MYT
Salah seorang pekerja butik pakaian dalam dan kecantikan di United Kingdom yang dikenali sebagai Rachel berhenti kerja selepas melalui pengalaman yang menjijikkan.
Wanita itu yang mendedahkan pengalaman jijik itu menerusi platform TikTok memberitahu dia telah terpegang najis manusia di dalam salah sebuah bilik persalinan di butik tersebut.
Menurut Rachel, dia terpegang najis manusia selepas mahu mengutip pakaian dalam yang ditinggalkan pelanggan selepas mencubanya. Bukan sahaja mengambil pakaian dalam, dia juga telah memegang najis tersebut di lantai bilik persalinan tersebut.
Dengan meletakkan tajuk One Thing About Me, video pendek bersama foto bukti tersebut menjadi trending malah telah ditonton sebanyak 3.3 juta kali.
Wanita itu mengatakan dia sudah tiga tahun bekerja di butik tersebut, namun memegang najis manusia yang ditinggalkan dalam bilik persalinan adalah peristiwa pertama terjadi kepadanya.
“Ada pakaian dalam yang berterabur di lantai selepas seorang pelanggan keluar dari bilik persalinan.
“Jadi saya menundukkan badan dan mengambil satu, tapi saya telah terpegang benda lain.
“Ia rupa rupanya najis manusa yang agak besar dan saya telah memegang dengan tangan sendiri!”luahnya seperti dilaporkan Dailystar.co.uk.
Biar jijik, Rachel tetap membersihkan kesan najis yang telah ditinggalkan.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk berhenti, namun menegaskan ia bukan kerana salah jenama tersebut dengan mengatakan Victoria Secret adalah sebuah butik atau syarikat yang amat baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.