Berita
TikTok Beritahu Pengguna AS Perkhidmatan Ditutup 'Sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Ini selepas tarikh akhir untuk syarikat induknya dari China, ByteDance, menjual pegangan dalam aplikasi tersebut atau berdepan larangan, telah berakhir.
Dalam notis yang muncul ketika pengguna membuka aplikasi video pendek itu, TikTok menyatakan kekesalan terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi dan memaksa pihaknya menghentikan perkhidmatan buat sementara waktu.
TikTok juga berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan di AS secepat mungkin dan menghargai sokongan penggunanya.
Setakat ini, aplikasi itu masih berfungsi untuk pengguna pada masa ini.
Pada Jumaat, Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Kongres tahun lalu yang menghendaki ByteDance menjual platform tersebut atau berdepan larangan seluruh negara mulai Ahad.
Undang-undang itu digerakkan oleh kebimbangan bahawa platform tersebut boleh digunakan oleh Beijing untuk tujuan pengintipan atau menyebarkan propaganda.
Sabtu lalu, Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menyatakan bahawa beliau “kemungkinan besar” akan mengeluarkan lanjutan 90 hari untuk tarikh akhir itu apabila beliau memasuki White House pada Isnin.
Bagaimanapun, undang-undang itu akan melarang syarikat seperti Apple, Google dan Oracle daripada menyediakan perkhidmatan untuk mengedarkan atau menjadi tuan rumah aplikasi tersebut mulai tengah malam.
Denda akan dikenakan sebanyak AS$5,000 bagi setiap pengguna sekiranya mereka melanggar peraturan itu.
Lewat Jumaat, TikTok menyatakan bahawa kenyataan dari White House dan Jabatan Kehakiman gagal memberikan kejelasan dan jaminan yang diperlukan kepada penyedia perkhidmatan penting yang menyokong ketersediaan TikTok di Amerika Syarikat.
Tanpa kenyataan rasmi yang dapat meyakinkan penyedia perkhidmatan utama mengenai pengecualian undang-undang itu, TikTok berkata, mereka terpaksa menghentikan operasi di Amerika bermula hari ini (19 Januari).
Sumber: Awani
BERITA TRENDING: Kenderaan Barangan Dilarang Berada Di Jalan Raya Selama Empat Hari Sempena Tahun Baharu Cina
BERITA TRENDING: Diam & Bukan Lagi Kita Berjaya Ke AJL39, Ini Senarai Penuh Lagu Yang Bakal Berentap!
BERITA TRENDING: One Cent Thief 2 Tawan Bukit Bintang, Iman Shah Beri Amaran Pada Ibu Zara!
BERITA TRENDING: INNOVATHON 2: Bawa Pulang RM100,000 BioProtein Powder Dinobatkan Sebagai Juara Musim Kedua, Jom Semak Senarai Pemenang!
Must-Watch Video