Hiburan
Tiket Pra-Jualan Konsert Rossa Di Axiata Arena Tahun Depan Sold Out Dalam 3 Jam!
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Sri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November 2024, jam 3 petang secara eksklusif di platform Ticket2U telah habis dijual dalam masa 3 jam sahaja.
BERITA TRENDING: Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”
Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam masa 4 minit membuktikan pengaruh dan populariti penyanyi tersebut yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.Dikenali dengan vokal memukau dan balada yang penuh emosi, Rossa akan menyampaikan rangkaian lagu hit kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan menjadi kenangan indah buat para peminatnya.
Konsert ini dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan karier beliau.
BERITA TRENDING: Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk hits popular seperti “Nada Nada Cinta,” “Pudar,” dan “Hey Ladies,” selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut.Rossa turut menyatakan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan para peminatnya.
“Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” ujarnya.“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali, turut menyatakan rasa terujanya terhadap kolaborasi ini.
“Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik seterusnya membantu Malaysia bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Rossa adalah ikon seni yang disegani serta dihormati, dan kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau,” katanya.
Tambahnya lagi, Konsert Here I Am ini adalah susulan kepada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang ditayangkan pada bulan lalu.
“Atas permintaan ramai, khususnya Pencinta Rossa di Malaysia, kami membawakan konsert ini untuk mereka yang setia menyokong Rossa selama ini,” kongsinya.
BERITA TRENDING: Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!
Untuk maklumat lanjut berkenaan Konsert Here I Am Rossa, boleh ikuti saluran media sosial rasmi Rossa dan platform jualan tiket.Must-Watch Video