gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gagal Kawal Emosi! Shiha Zikir Menangis Rakam MV Renjana Sebab…
HIBURAN
Pilih Untuk Kunci Mulut, Ira Kazar Tak Mahu Dedah Aib Sesiapa - "Kebenaran Akan Terbongkar Sendiri..."
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tema Who I Am? Jadi Taruhan! Bintang Mana Pula Yang Akan Pulang, Semak Senarai Lagu Minggu Kedua
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Maut Bot Terbalik Di Pulau Perhentian

Gempak
Gempak
29/06/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Maut Bot Terbalik Di Pulau Perhentian
Tiga maut termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah bot pelancong yang membawa 15 penumpang terbalik dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, Besut pada malam Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bot berkenaan dipercayai hilang kawalan akibat ombak kuat dan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar, sebelum terbalik pada jarak 0.05 batu nautika dari Cozy Chalet Resort.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui Pusat Penyelamat Maritim Kuantan (MRSC) jam 10.55 malam, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 11.17 malam.
“Sebuah bot peronda Maritim Malaysia terus digerakkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, semua mangsa telah diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak pantas memberikan bantuan awal,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, insiden itu melibatkan sembilan orang dewasa berusia antara 19 hingga 57 tahun serta enam kanak-kanak berumur antara tiga hingga 11 tahun.
Bagaimanapun, katanya, tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang lelaki dewasa.
Beliau berkata, semua mangsa yang terselamat telah dibawa ke Jeti Pelancong Besut menggunakan bot Maritim PENGGALANG 45 sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
“Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain mempertingkatkan aspek keselamatan pengangkutan laut,” ujarnya.
Tambah beliau, kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan penting agar semua pihak mengambil serius amaran cuaca dan mengutamakan aspek keselamatan di laut.
“Maritim Malaysia menyeru semua pengusaha bot pelancongan dan pengunjung agar sentiasa mematuhi prosedur keselamatan, memakai jaket keselamatan serta membuat semakan ramalan cuaca sebelum memulakan pelayaran,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement