HIBURAN
Suami Difitnah Lembam, Kim Seri Balas Balik - “Luculah Reka Cerita, Suami Saya Mr Provider, Emotional Intelligent”
Pempengaruh, Kim Seri tidak cepat melatah apabila ada netizen menyifatkan suaminya, Choi Amin sebagai seorang yang lembam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya, Seri menafikan tuduhan itu dan mengatakan dakwaan itu tidak benar.
Malah Seri memuji sifat Amin yang menurutnya jauh berbeza daripada gambaran negatif yang dilemparkan.
Kata Seri, Amin merupakan seorang suami bertanggungjawab yang bekerja keras untuk menyara keluarga.
“Lucu la mereka ni, terpaksa reka macam macam cerita untuk membahagiakan diri sendiri. Mungkin dengan cerita macam ni boleh buat mereka gembira.
“By the way suami saya mr provider, buat duakerja dalam sehari, balik rumah sempat masak dan buat kerja rumah.
“Sweet sesangat, pembersih, emotional intelligent, penyayang, soft spoken, clingy, banyak lagi lah.
“Tak kisah apa orang kata, saya bukan people pleaser nak puaskan hati semua orang,” tulisnya.
Mengulas tentang keluarganya, Seri berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir.
“Tentang anak, tentang suami, tentang apa shja
ikutlah fikiran anda nak fikir apa, hanya Allah, saya dan suami yang tahu.
“Yang mana yang ditakdirkan untuk saya, akan tetap
kembali pada saya pada waktu yang telah Allah tetapkan nanti, walau apa pun yang anda kata atau buat,” coretnya.
Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.
Must-Watch Video