Laman Utama
Tiga Tahun Meringkuk Di Penjara Venezuela, Ringgo Fotograf Dihidang Daging Babi
Pemain dram Fotograf, Ringgo berkongsi pengalaman pahit terpaksa meringkuk dalam penjara dan melalui tahanan parol di Venezuela yang keseluruhannya berjumlah lapan tahun akibat menjadi mangsa keldai dadah.
Menurut Ringgo, soal makan dan minum antara ujian yang paling memeritkan kerana dia terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu beserta daging babi.
“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat.
“Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur,” ujar Ringgo.
Ringgo mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad.
Ulas Ringgo lagi, aktiviti utama banduan negara berkenaan ialah bergaduh disebabkan tiada hiburan antara mereka namun akan berbaik semula selepas itu.
Bagaimanapu kata Ringgo, istimewanya penjara negara itu adalah waktu lawatan ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.
“Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan sel kerana kami perlu tunjukkan pada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan,” katanya.
Tambah Ringgo lagi, para isteri juga dibenarkan bertemu suami masing-masing sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim.
Terdahulu, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55 ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.
Dalam perkembangan terbaharu, Ringgo kini meneruskan kerjanya sebagai pelukis di Damansara, Selangor.
Sumber: Mingguan Malaysia
Must-Watch Video