,
Terkini

Tiga Masjid Utama Bawah Jakim Digerakkan Sokong Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Umirah Halim
16/02/2024
04:00 MYT
Tiga masjid utama di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mula digerakkan dalam usaha kerajaan menyokong kempen #GengSubuhMacamJumaat.
Menerusi sumber daripada Awani yang dilaporkan oleh Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kempen itu akan diteruskan di peringkat Persekutuan, bertitik tolak daripada kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti Alif Satar, ditambah pula dengan kejayaan Program Semarak Subuh oleh Kerajaan Negeri Johor.
Beliau berkata tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Dengan mengekalkan slogan #GengSubuhMacamJumaat, Mohd Na'im berkata perancangan sedang dibuat bersama agensi berkaitan serta selebriti berkenaan dengan program pertama dijangka diadakan pada 27 Jan ini.
"Kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berbuat kebaikan, sebab itu saya mengharapkan golongan belia macam Alif Satar dengan status yang dia ada sebagai selebriti, membawa anak-anak muda ini (ke arah kebaikan).
"Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid pun ada sebut, semasa Menteri Besar hadir (pada Program Semarak Subuh) semalam, hampir menitis air mata terharu sebab lihat kebanyakan yang hadir ialah anak-anak muda. Subhanallah," katanya.
Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kejayaan menghimpunkan lebih 12,000 jemaah pada Program Semarak Subuh dan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di Johor Bahru semalam, akan diteruskan di peringkat Persekutuan.
Program Semarak Subuh yang merupakan inisiatif Onn Hafiz, mula dilaksanakan 5 Jan tahun ini di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor membabitkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri ini.
Sementara itu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan Alif sejak Disember tahun lepas juga mula menjadi ikutan ramai dan turut digerakkan pempengaruh lain di seluruh negara.
Dalam hal lain, Mohd Na'im yang berada di negeri ini untuk misi pascabanjir selama dua hari berkata lebih RM1.5 juta sumbangan dan bantuan pelbagai bentuk daripada enam agensi di bawahnya telah disampaikan. Beliau berkata ia termasuk bantuan dari segi baik pulih rumah, barang keperluan peralatan pembersihan, kit solat, bank makanan serta pakaian terpakai dan berharap dengan bantuan dan sumbangan itu akan dapat meringankan beban mereka yang terjejas banjir bulan ini.
Terdahulu, Mohd Na'im menyampaikan sumbangan kepada 120 Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir di Kampung Sungai Telor, dekat sini.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Pasukan SAR Guna Teknik Hantar Botol Ke Titik Terakhir - KPN

gempak
27/08/2024
12:12 MYT
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, di sini mengunakan pelbagai teknik pencarian termasuk menghantar botol ke ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

gempak
24/08/2024
01:25 MYT
Kawasan Jalan Masjid India, di sini, menjadi tumpuan pengamal media pada Jumaat susulan insiden seorang pelancong wanita warga India dikhuatiri terperangkap dan tertimbus selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada awal pagi semalam.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.