,
Berita

Tiga Kali KJ Tolak Tawaran Sebagai Pemimpin Kanan UMNO

Kamaruddin Razal
25/07/2018
14:14 MYT
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah menolak tiga kali tawaran sebagai pemimpin kanan UMNO dalam usaha menghidupkan kembali parti Melayu itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk dua tawaran selepas pemilihan UMNO berlangsung.
“Saya telah menawarkan jawatan kepada beliau tetapi beliau menolaknya. Pertama sebelum Pemilihan UMNO, saya telah tawar beliau bertanding Timbalan Presiden disebabkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menarik diri.
“Tetapi beliau tetap mahu jadi calon Naib Presiden (UMNO) namun, secara tiba-tiba beliau jadi calon jawatan Presiden.
“Selepas beliau tewas, saya tawarkan jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional, tapi beliau menolak. Sebelum pengumuman barisan kepimpinan baharu, saya tawarkan beliau buat kali ketiga sebagai Ketua Penerangan (UMNO) tapi beliau menolaknya,” jelas Ahmad Zahid kepada media di Parlimen di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zahid, beliau tidak melihat kepada sebarang alasan penolakan yang dibuat Khairy.
Namun, beliau percaya Khairy mempunyai rancangan dalam usaha menghidupkan kembali UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang konstruktif.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
26/10/2023
02:55 MYT
Ramai minta KJ berlakon.
Laman Utama

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

gempak
08/06/2023
08:47 MYT
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.
Laman Utama

“Saya Dipecat Oleh Parti Yang Saya Sayang, Unbowed, Unbent, Unbroken” - KJ

gempak
28/01/2023
00:25 MYT
KJ dipecat daripada UMNO.
Laman Utama

PRU15: KJ Sedih Tewas Di Sungai Buloh, Mahu Berehat & ‘Comeback Stronger’ Semula!

gempak
20/11/2022
10:30 MYT
Jasa KJ sentiasa dikenang...
Laman Utama

PRU15: “Adil Untuk Minta Anda Berundur Sebagai Presiden UMNO” - Azhar Sulaiman Mahu Zahid Hamidi Bertanggungjawab Atas Kekalahan BN

gempak
20/11/2022
07:18 MYT
Azhar mahu Zahid Hamidi bertanggungjawab.