gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya” – Aaron Aziz Nafi Tutup ‘Periuk Nasi’ Agensi Pengurusan Haji & Umrah
GAYA HIDUP
The Experts: Fahami Proses Mahkamah, Apa Itu Prima Facie Dan Bila OKT Perlu Bela Diri?
VIRAL
"Beri Ruang PDRM Siasat Terperinci Kes Kematian Zara Qairina" - Fadhlina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."

Amri Hassan
Amri Hassan
26/07/2025
23:50 MYT
Sponsor Banner
Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."
Cef selebriti terkenal, Anis Nabilah, membuat keputusan untuk menghentikan perkongsian sebarang kandungan berkaitan makanan di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman berterusan di Gaza.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Anis meluahkan rasa tidak selesa untuk terus berkongsi konten makanan tatkala berjuta-juta rakyat Gaza sedang berdepan krisis kemanusiaan yang parah, termasuk sekatan makanan, air bersih dan bantuan perubatan.

“Sekarang, berjuta-juta rakyat Gaza tengah hadapi kebuluran… bukan sebab perang sahaja, tapi atas dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaan Israel,” tulisnya.

Anis turut menekankan bahawa keadaan ini tidak seharusnya dianggap normal dan menyeru orang ramai untuk tidak terus berdiam diri.

Tambah Anis, sebagai individu yang terlibat dalam dunia kulinari, keputusan untuk menghentikan kandungan makanan bukan sesuatu yang mudah, namun ia adalah langkah kecil yang mampu memberi kesedaran kepada lebih ramai orang.

“Saya pilih untuk berhenti share content makanan buat masa ni sebab saya tak rasa okay nak terus buat macam semuanya normal,” katanya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Anis turut mengajak pengikutnya agar mengambil masa untuk ambil tahu, bersuara, menderma atau sekurang-kurangnya tidak memandang ringan penderitaan rakyat Gaza selain turut menekankan kepentingan doa dan empati dalam saat getir ini.
Topic Berkaitan
#Makanan
#Israel
#Palestin
#Gaza
#Anis Nabilah
#Konten
#Henti
#Soladiriti
#Kebuluran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement