,
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

Maliah Surip
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sudah berantakan dan menuju cerai sejak beberapa bulan lalu.
Kelibat Paula juga sudah tidak dilihat dalam kebanyakan acara yang membabitkan Baim seperti biasa.
Sehingga kini keduanya memilih untuk tidak mengiya atau menafikan khabar mereka bakal bercerai.
Terkini Baim yang menjadi tetamu podcast Melaney Ricardo diledak dengan persoalan adakah dia dan Paula sudah tidak lagi tidur bersama.
Hal itu lantaran Baim mengaku ada masanya dia tidak pulang ke rumah dan tidur di pejabat.
“Inikan pejabat anda, anda tidur di pejabat,” soal Melaney sewaktu bertemu di pejabat Baim.
Pelakon itu kemudian menjawab: “Kadang-kadang iya (tidur) di pejabat kadang-kadang tidak.”
Jawapan tersebut disambung Melaney: “Itu bermaksud anda dan Paula sudah tidak seranjang (satu katil bersama)?”
Mendengarkan persoalan yang diajukan sshabatnya itu, Baim hanya ketawa. Dia mengaku setiap rumah tangga mempunyai masalah dan cabaran tersendiri.
Namun dia tidak akan sesekali berkongsi tentang masalah rumah tangganya dalam podcast.
“Saya sudah beritahu sebelum ini dalam rumah tangga berdepan masalah itu perkara biasa. Tapi tidak semuanya boleh diceritakan (di podcast),” katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.