,
Laman Utama

“Tidur 1 Jam Je Malam…”- Selepas 7 Hari Mira Filzah Kongsi Nama Anak & Pengalaman Jadi Ibu

Syafiqah Jalal
16/05/2022
22:40 MYT
Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar memberikan nama kepada anak mereka sebagai Wan Khair Amir.
Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memperkenalkan nama berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.
Menurut Mira ia diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.
“Hari ini (16 Mei 2022) hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan puteri kami sebagai Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Wan Khair Amir. ‘Khair’ membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya.
Dalam hantaran sama, Mira dan Emir memberitahu mereka mengadakan majlis serta amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadap anak mereka yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don.
Sementara itu, Mira dan juga Emir turut berharap agar cahaya mata mereka dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yang soleh.
“Kami akan usaha dan bertawakal kepadaMu agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumiMu.
“Membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Amin,” tulisnya.
Hantaran itu sudah semestinya mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi.
Sementara itu meninjau di Insta Story Mira pula, pelakon Maid itu sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu baru.
“Masih menyesuaikan serta menguruskan masa tidur saya.
“Saya hanya tidur selama 1 jam malam semalam. Nasib baik sempat panggil orang makeup jam 7 pagi,” tulisnya.
Sekadar info, Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir, 30, pada 3 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar