gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
HIBURAN
Bawa Konsep Borneo, Marsha Milan Gegarkan Malam Pertama Festival Muzik ASEAN-Korea ROUND 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tidak Tinggal Dunia Model, Darien Aeldra Kongsi Mahu Fokus Pada Dunia Lakonan - “Kalau Ada Tawaran Pun Saya Tetap Tolak Sebab…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
26/06/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Tidak Tinggal Dunia Model, Darien Aeldra Kongsi Mahu Fokus Pada Dunia Lakonan - “Kalau Ada Tawaran Pun Saya Tetap Tolak Sebab…”

Pelakon, Darien Aeldra mengakui mahu memberikan fokus yang lebih terhadap kerjaya lakonan dan menolak semua tawaran modeling yang datang kepadanya.

Jelas Darien, keputusan tersebut bukanlah kerana jadual lakonan yang terlalu padat, tetapi kerana dia mahu mengambil serius mengukuhkan nama dalam industri seni sebagai seorang pelakon.

“Sebenarnya, tahun ini saya mahu fokus sepenuhnya kepada dunia lakonan. Saya tidak menerima sebarang tawaran modeling lagi.

“Kalau ada yang tawarkan pun, saya tetap akan tolak sebab saya memang betul-betul nak beri tumpuan kepada bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.

Tambah aktor itu lagi, dia bukan tidak mampu untuk membahagikan masa, namun memilih untuk kekal fokus agar dapat membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya saya boleh saja terima tawaran modeling, tapi ini keputusan saya sendiri. Saya nak orang nampak kemampuan saya dalam lakonan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Darien berkongsi dia memulakan kerjaya sebagai model sejak tahun 2021 dan aktif selama tiga tahun sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun keempat.

“Saya bermula dengan modeling pada 2021. Tiga tahun saya aktif dalam bidang itu dan pada tahun keempat, barulah saya ceburi dunia lakonan,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: “Selagi Tulang Tak Patah Saya Okay” - Qasrina Karim

BERITA BERKAITAN: “Saya Ragu-Ragu Awalnya…” – Qasrina Karim Cabar Diri Bawa Watak Berat Dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure

BERITA BERKAITAN: Belum Tayang Sudah Viral, Meerqeen Yakin Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Boleh Pergi Jauh - “Saya Ada Naluri Cerita Ini…”

BERITA BERKAITAN: “Saya Pernah Pandang Cermin Dan Maki Diri Sendiri ‘Kau Ni Tak Elok Lah’ ” - Meerqeen

Topic Berkaitan
#Model
#Lakonan
#Fokus
#Darien Aeldra
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement