Hiburan
“Tidak Tercabar” - Rizal Rasid Anggap Aziz Harun Idola Dalam Industri Muzik Malaysia
Penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid tidak menganggap rakan senegaranya, Aziz Harun sebagai pencabar dalam lapangan seni.
Jelas Rizal, dia bagaimanapun melihat kejayaan Aziz sebagai sumber inspirasi untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi di Malaysia.
“Saya tidak rasa tercabar, tetapi Aziz Harun sangat menginspirasikan saya, lebih-lebih lagi dia adalah kawan saya.
“Apabila melihat kejayaannya sebagai penyanyi di Malaysia, ia membuatkan saya lebih bersemangat dan merasakan bahawa saya juga boleh mencapai kejayaan seperti Aziz Harun.
“Insya-Allah, dengan peluang yang saya ada sekarang, saya akan terus mengembangkan muzik di Malaysia, dan saya berharap para peminat dapat menghargai kerjaya saya di Malaysia,” katanya kepada Gempak.
Rizal Rasid berkata demikian ketika menghadiri di majlis sidang media Warner Music Fest 2024 yang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”
BERITA TRENDING: “Jauhi Chinggey, Takut Jatuh Cinta” - Jojo Ghazali
BERITA TRENDING: Kembali Sarung Jersi Merah Kuning Selepas 20 Tahun, Hairul Azreen Dipilih ‘Join’ Pasukan Selangor Red Giants Esports - “Selepas Saya Berhenti…”
BERITA TRENDING: “Kadang-Kadang Kita Tak Tahu Ada Orang Dengki”- Syarul Ezani Masih Bujang, Lebih Selesa Kurang Kongsi Kisah Peribadi
Walau bagaimanapun, Rizal juga berharap untuk melakukan showcase solo seperti sahabatnya dan berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Aziz Harun di industri muzik Malaysia.
“Semoga suatu hari nanti saya dapat lakukan showcase solo sendiri.
“Apabila saya melihat Aziz Harun berjaya mengadakan showcase solo untuk rakyat Brunei, itu adalah satu pencapaian besar di sana, dan melihat kemajuannya di sini benar-benar menginspirasikan saya. Jadi, saya akan cuba menjadikannya sebagai batu loncatan untuk saya di Malaysia,” jelasnya.
Terdahulu, Rizal Rasid pernah diserang penyakit misteri sehingga terpaksa berhadapan dengan dugaan yang hampir memusnahkan kerjaya sebagai seorang penyanyi.
Must-Watch Video