,
Hiburan

Tidak Pernah Terfikir Nak Cucuk Botoks, Ini Amalan Awet Muda Arash Mohamad

Asyikin Mayudin
25/02/2024
09:55 MYT
Masih kelihatan muda biarpun sudah berusia 55 tahun, pelakon Arash Mohamad menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan muka terutama mengambil suntikan botox.
BERITA TRENDING: "Sampai Sekarang Masih Menyepi? Kami Juga Bayar Cukai" -Arash Mohd Mahu Jawapan & Tindakan Dari Kementerian
Bagaimanapun, Arash memberitahu dia sememangnya sudah menjaga pemakanan sejak berusia 40-an selain bersenam dan tidak makan makanan segera.
“Realitinya, saya manusia paling takut dengan jarum, jadi macam mana nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, cuma saya amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berasa stres.
“Apabila umur sudah mencecah 40-an dahulu, saya mula jaga pemakanan dan kesihatan badan tetapi tidaklah terlalu bersungguh-sungguh sehingga perlu kira kalori dan berpuasa.
“Lagipun dahulu memang saya aktif berbasikal dan tidak mengambil sebarang makanan segera. Nasib baik sekarang musim boikot, memang saya tidak jejak langsung restoran berkaitan,” katanya kepada Gempak.
Arash ditemui ketika malam tayangan akhir episod drama siri Layang-Layang Perkahwinan di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.
Menerima banyak soalan mengenai wajahnya, Arash bersyukur dan terima kasih kepada orang ramai kerana masih mengambil berat tentang penampilan dan kehadirannya dalam industri.
“Banyak dah saya dapat soalan sebegini tetapi saya tidak marah, bila fikir balik, orang tanya sebab mahu tahu. Saya patut berterima kasih dan syukur mereka masih ingat saya sebagai salah seorang anak seni meskipun usia tidak muda mana dah.
“Tapi betul, saya tidak lakukan apa-apa rawatan. Malah saya juga tiada sebarang penyakit teruk seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
“Tapi sakit-sakit sendi ke urat ke normal di usia saya ini, saya rasa semua orang akan melalui fasa sama jika umur semakin meningkat memang kena jaga mana yang perlu jaga,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.