,
Laman Utama

Tidak Mahu Anak-Anak Terbeban Sekiranya Sesuatu Tidak Diingini Berlaku Pada Anda? Lakukan Penamaan KWSP Sebagai ‘Wasiat’ Kepada Waris Anda Sekarang!

Gempak
16/12/2022
12:30 MYT
Benar, kematian ada satu perkara yang tidak boleh dielakkan, semua manusia yang hidup bakal merasai mati. Namun tahukah anda ada satu perkara yang kita dapat elak iaitu untuk tidak membebankan ahli keluarga selepas kematian anda nanti, sebaliknya lebih meringankan beban mereka.
Bagaimana caranya? Begini, satu langkah terbaik telah dilaksanakan oleh KWSP kepada semua ahlinya untuk membuat penamaan ke atas simpanan KWSP setiap ahlinya.
Hal ini bertujuan untuk membolehkan KWSP mengeluarkan simpanan ahlinya yang meninggal kepada orang yang dinamakan untuk menguruskan.

Siapa Yang Layak Buat Penamaan

Penamaan dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, Warganegara Malaysia atau penduduk tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998). Antara kepentingan penamaan adalah seperti berikut:
  • Memudahkan proses pengeluaran
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan documen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/ Mahkamah
  • Memudahkan penama untuk menguruskan simpanan anda

Langkah- Langkah Penamaan

Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dengan mengemukakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli dan salinan dokumen diri semua penama. Borang penamaan hendaklah dihantar oleh ahli dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.

Antara Dokumen Yang Diperlukan

Warganegara
  • Salinan kad pengenalan awam atau kad pengenalan Malaysia (MyKad) atau kad pengenalan tentera
  • Kad pengenalan polis dan surat majikan (menyatakan nombor kad pengenalan polis dan nombor kad pengenalan awam merujuk kepada orang sama)
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama
Pemastautin tetap
  • Kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR)
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama
Bukan warganegara
  • Salinan pasport
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama

Daftar & Kemas Kini Penamaan KWSP

Sudah pasti, anda akan merasa gembira dengan tindakan yang dilakukan tersebut, ini kerana anda mahukan kesejahteraan masa depan keluarga anda dalam keadaan baik.
Oleh itu, daftar penama anda hari ini demi kesejahteraan anak-anak anda. Daftar atau kemaskini di mana-mana cawangan KWSP. Anda juga boleh menyemak penamaan anda dalam i-Akaun secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih i–Akaun KWSP.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh klik di sini sekiranya mahu membuat penamaan simpanan KWSP.
KWSP membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.