,
Viral

"Tidak Berniat Untuk Mempermainkan Agama" - Anak Muda Ini Tampil Bersuara Selepas Didakwa 'Main-Main' Ketika Takbir Raya

Zulaikha Yusof
27/05/2020
02:36 MYT
Seorang pengguna Twitter, Muhammad Faris Danial, 21, menyatakan dia tidak berniat untuk mempermainkan agama ketika melaungkan takbir raya ketika sambutan Aidilfitri Ahad lalu.
Rakaman video Faris bertakbir bersama ayahnya, Redzuan dan adik, Faris Aiman yang dimuat naik di platform miliknya mendapat perhatian warganet.
Ketika dihubungi Gempak, Faris akui perkongsian itu sekadar hiburan untuk pengikutnya terutama kawan-kawan yang mengenali rapat.
"Saya kongsi video itu memang hiburan semata-mata untuk kawan-kawan tengok sebab mereka kenal saya macam mana.
"Tapi bila kita kongsi sesuatu dalam sosial media, kita tak boleh jangka sejauh mana video tu boleh pergi walaupun niat kita memang hanya untuk suka-suka saja.
"Saya pasti tiada sesiapa pun yang berniat untuk mempermainkan agama sendiri apatah lagi bila bersama dengan keluarga," katanya.
Tambah Faris, video tersebut mendapat respon positif yang rata-ratanya mengaitkan dengan situasi bersama ayah masing-masing.
Malah, ada segelintir yang tidak senang hati dengan kelakuannya namun Faris tidak menyimpan perasaan ataupun tersinggung dengan kata-kata yang dilemparkan itu.
"Pada awal video ini dimuat naik, ramai yang gelak dan beri respon atas sebab ketegasan ayah saya dengan hanya menjeling anaknya.
"Ramai yang kaitkan situasi ini apabila bersama dengan ayah mereka. Mereka kata itu kuasa seorang ayah.
"Sejujurnya saya tidaklah tersinggung dengan kata-kata negatif yang dilemparkan. Saya sebagai tuan badan sedar apa yang saya buat.
"Malah, video saya takbir tanpa ketawa dan silap pun ada juga saya rakam. Tapi sesetengah manusia tidak bertindak dari sudut yang positif, malah terus menghukum dan mempersoalkan tentang kekecewaan ayah saya," katanya lagi.
Dalam pada itu, Faris mendedahkan ayahnya seorang yang kelakar namun tegas dalam tuntutan ibadah.
"Dalam kehidupan sebenar ayah saya kelakar sangat orangnya cuma garang dalam soal ibadah, macam dalam video tu lah sewaktu tengah bertakbir. Ayah sangat teliti dalam isu macam ni," katanya menutup perbualan.
Perkongsian video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan 15,000 kicauan (retweet).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar