,
Laman Utama

“Tiba-Tiba Payudara Saya Diraba, Bila Pusing Belakang Rupanya...” - Model Emily Ratajkowski Dedah Pernah Diraba Oleh Robin Thicke

Izwan Isa
04/10/2021
13:55 MYT
Nampaknya, nama penyanyi Robin Thicke sekali lagi panas apabila model tersohor, Emily Ratajkowski mendedahkan yang dia pernah diraba pada bahagian payudara sewaktu membintangi klip video Blurred Lines sekitar lapan tahun lalu.
Pendedahan mengejutkan itu dikongsikan oleh Emily sendiri menerusi buku terbaharunya, My Body yang bakal dipasarkan pada bulan hadapan.
“Secara tiba-tiba, entah dari mana, saya rasa ada orang meraba payudara saya daripada belakang. Saya dengan pantas beredar, lalu memandang ke belakang, memandang ke arah Robin Thicke,” lapor Sunday Times of London.
Emily merupakan salah seorang daripada tiga model yang muncul dalam klip video Blurred Lines yang turut menampilkan penyanyi Pharrell Williams dan rapper, TI.
Difahamkan, Emily pada awalnya gembira sepanjang proses penggambaran berlangsung, sehinggalah Robin yang didakwa mabuk merosakkan suasana.
“Dia (Robin) tersenyum dan berjalan terhuyung-hayang, sementara menggayakan cermin mata hitam.
“Pandangan saya terus terasa gelap. Dalam masa sama, pengarah klip video (Diane Martel) menjerit ke arah saya dan bertanya adakah saya okay. Pengalaman di studio di Los Angeles itu membuatkan saya berasa ‘berbogel’ buat pertama kali,” kongsi Emily menerusi bukunya.
Dalam pada itu, Diane turut mengesahkan kejadian berkenaan.
“Saya masih ingat Robin meraba payudara Emily, kedua-dua belah dengan dua tangannya. Dia berdiri di belakang Emily pada waktu itu. Saya menjerit dan bertanya apa yang telah dia lakukan? Saya kata cukup, penggambaran tamat,” ulasnya.
Sebelum ini, lagu Blurred Lines dikatakan diciplak berdasarkan lagu Marvin Gaye iaitu Got To Git It Up. Menerusi arahan mahkamah, waris Marvin perlu dibayar pampasan sebanyak AS$5.3 juta (RM22.15 juta).
Selain itu, Robin juga pernah menerima kritikan kerana mempersembahkan lagu tersebut bersama Miley Cyrus pada MTV Video Music Awards dengan gaya yang kurang sopan.
Blurred Lines pernah menduduki tangga pertama Billboard 100 selama 12 minggu berturut-turut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

gempak
11/06/2024
13:34 MYT
Kisah penyanyi terkenal dunia, Ed Sheeran tidak memiliki telefon bimbit bukan satu berita baharu.
Viral

Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

gempak
27/05/2024
06:55 MYT
Frasa Inggeris pernah menyatakan bahawa ‘customer is always right’. Tetapi ada kalanya telatah yang ditunjukkan oleh pelanggan kurang menyenangkan sehingga mendatangkan ketidakselesaan terhadap penjual.
Viral

Sekelompok Pelajar Persoal Peraturan Sekolah Di TikTok, Siap Mengaku ‘Carut’ Guru Disiplin

gempak
07/04/2024
01:55 MYT
Satu kandungan viral baru-baru ini di platform X apabila seorang pelajar mempersoalkan peraturan sekolahnya dikatakan makin mengarut.
Viral

Ada Yang Pertikai Anak Terlalu Biadap, Zarina Zainuddin: “Tak Payahlah Nak Terajang Azal, Terajang Akak Dulu… Azal Tu Lurus”

gempak
24/03/2024
01:58 MYT
Zarina mengulas mengenai komen wargamaya di platform X baru-baru ini yang mempersoalkan cara Azal yang dianggap biadap terhadap Zarina ketika berbicara.
Viral

Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."

gempak
17/03/2024
03:55 MYT
Kalau perangai macam ni, solat dekat rumah jelah