,
Laman Utama

“Tiba-Tiba Mangsa Melompat Dan Baring Di Landasan” - Lelaki Digilis LRT Bukan Terjatuh

Gempak
02/12/2023
05:45 MYT
Lelaki yang maut digilis tren transit aliran ringan (LRT) di stesen Dato Keramat semalam dipercayai turun ke landasan sendiri.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.56 malam daripada anggota polis bantuan.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan bersama penumpang lain sedang menunggu LRT di platform 1.
"Ketika tren hendak berhenti, tiba-tiba mangsa melompat dan baring di landasan lalu dilanggar oleh LRT berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Ashari berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian jam 11.13 malam.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, justeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 039289922 bagi membantu siasatan," katanya.

BERITA TRENDING: Ramai Penumpang ‘Tersekat’ Di Stesen Dato’ Keramat, Rupanya Ada Lelaki Terjatuh Di Landasan

Terdahulu dilaporkan seorang lelaki maut dengan kedua-dua kakinya digilis tren selepas terjatuh di landasan di stesen LRT Dato Keramat, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.05 malam tadi.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memaklumkan kejadian menyebabkan berlaku gangguan di landasan berkenaan.
Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.50 malam itu mengakibatkan sistem kecemasan diaktifkan serta-merta menyebabkan tren berhenti lama di landasan. HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.