,
Laman Utama

“Tiba Masanya Kita Balas Dendam Guys” - Peminat Dah Tak Senang Duduk, Zack Snyder's Justice League Mula Ditayang Esok!

Hanafis Haris
17/03/2021
04:50 MYT
Kurang daripada 24 jam, filem Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan secara eksklusif secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Filem ini pastinya paling dinanti-nantikan peminat DC Comics selepas kemunculan versi pertama pada tahun 2017 lalu.
Biarpun mendapat pujian daripada peminat terutama daripada aspek aksi dan kesan khas yang diarahkan oleh Whedon, namun penonton nampak gayanya masih ‘dahagakan’ sentuhan magis pengarah asalnya, Zack Snyder..
Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ratanya-ratanya tidak sabar kerana versi ini dikatakan lebih epik daripada sebelumnya.
“Confirm lagi power kali ni, yang penting lebih dark daripada sebelum ni”
“18 Mac weh memang aku nak cuti tunggu Zack Snyder's Justice League”
“Tiba masanya balas dendam guys! Ayuh Zack Snyder's Justice League,” tulis beberapa netizen.
Sehubungan itu, untuk tidak mengecewakan ramai, DC Comics menerusi HBO membawa Justice League versi Zack Snyder terus ke pawagam rumah anda.
Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan secara eksklusif bermula esok (18 Mac) secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO
Sekadar info, Justice League pada awalnya diarahkan oleh Snyder, namun atas masalah keluarga dia terpaksa mengundur diri lalu digantikan dengan Whedon.
Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash), Ray Fisher (Cyborg) dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lebih Banyak Magis & Pickett! Ini 5 Fakta Menarik Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore!

gempak
03/06/2022
10:01 MYT
Nantikan aksi lucu Pickett!
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!

gempak
17/05/2022
12:11 MYT
Sewa & strim sekarang!
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

gempak
22/04/2022
07:17 MYT
Anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Laman Utama

Bermula Daripada Komik & Pengarah Pernah Kena Reject? Ini Fakta Menarik Francais The Matrix Anda Perlu Tahu!

gempak
06/02/2022
07:51 MYT
Filem baru ni mesti best!