,
Hiburan

Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

Firdaus
07/10/2024
02:00 MYT
Pelakon Nur Fazura menyatakan hantaran ‘quote’ yang dimuat naik pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemelut rumah tangganya.

Hanya quotes biasa

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin berkata posting yang dibuat di Instagram Story tersebut hanyalah sekadar suka-suka.

“Tak ada apa-apa, ‘quotes’ biasa-biasa sahaja,” katanya.

Fattah mohon doa yang baik-baik

Sementara itu, Fattah Amin, 34, yang hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua permohonan perceraiannya tampak lebih segar dan tenang.
Pelakon filem Pendekar Awang ini tidak lagi tampak sugul seperti kehadirannya di mahkamah pada 25 September lalu.
Bahkan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, bersuara apabila meminta wakil media mendoakan kelancaran urusannya pada hari ini.

“Doa-doa yang baik, semoga segalanya dipermudahkan,”katanya ketika di perkarangan mahkamah kira-kira pada pukul 9.30 pagi tadi, 11 minit selepas kehadiran Fazura.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dimuat naik.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan dalam laman sembang hingga menarik perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Sangat Cantik Berdua, Rasa Seperti Tak Patut Cerai” - Abby Abadi Bukan Penyibuk Hal Fazura Fattah, Hanya Sekadar Luahan Perasaan

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…”

ARTIKEL BERKAITAN:Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

Pada 13 September lalu, BH melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tomahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”

gempak
07/10/2024
03:53 MYT
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia tidak berlaku curang sebagaimana yang didakwa Fazura.
Hiburan

Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

gempak
07/10/2024
03:30 MYT
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi bahawa dirinya sudah dua tahun hidup dalam kesengsaraan dan tidak berasa bahagia dalam perkahwinan.
Hiburan

Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

gempak
07/10/2024
03:18 MYT
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Hiburan

“Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

gempak
07/10/2024
01:18 MYT
Peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong menyatakan setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.
Hiburan

Aliff Aziz Tiada Mesej Tanya Soal Anak-Anak, Bella Astillah: “Saya Rasa Lebih Baik Begini”

gempak
04/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui bekas suami, aktor Aliff Aziz tiada menghubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak.
BorakSeeni