Hiburan
Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.
Mahu Fokus Perkara Lain
Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bisnes berbanding seni."Bila dah tertunda dua tahun tu rasa macam nak buat perkara lain dulu lah. Untuk tahun ini saya nak fokus tentang Tiarasa Escapes (Resort) dan Dream Forest, selepas tu baru saya fikir yang lain.
"Kalau tak, nak buat satu persembahan tu ambil masa setahun setengah fikir pasal teater itu sahaja. Dan sebab itu saya tak boleh buat perkara-perkara lain," ujarnya.
"Saya tak pernah katakan tidak...
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Effendi, 57, ketika ditemui di majlis Raya In Rainforest di Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik, Pahang, tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan pementasan tersebut."Tapi saya tak pernah katakan tidak untuk kembali mengadakan pementasan itu, mungkin tiba-tiba ada mood nak buat, saya akan buat, tapi mungkin dalam bentuk atau medium yang berlainan," kongsinya lagi.
Berkongsi perkembangan terbaharu, Tiara mendedahkan perancangannya untuk membuka cawangan kedua resort Tiarasa Escapes dan Dream Forest pada hujung tahun ini.
"Tahun ini dan tahun hadapan saya sedang fokus untuk Dream Forest di Langkawi dan juga Tiarasa Escapes. Jadi kami merancang untuk membuka cawangan kedua Dream Forest dan juga Tiarasa jika tidak pada hujung tahun ini, mungkin pada tahun hadapan," katanya.
BERITA TRENDING:Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Sekadar info, teater Puteri Gunung Ledang sebelum ini dibatalkan selepas pihak penerbit mengambil keputusan membatalkan persembahan berkenaan selepas meneliti pelbagai aspek pementasan.Pihak penerbit turut mengembalikan bayaran pembelian tiket kepada peminat-peminat susulan pembatalan tersebut.
Must-Watch Video