,
Hiburan

"Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milik Ku Dalam Islam" - Nedim

Amri Hassan
20/06/2024
00:25 MYT
Bekas suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri tampil berkongsi hantaran terbaharu di Instagram, difahamkan menggambarkan perasaannya selepas berpisah.
Tulis Nedim, secara ikhlas tiada apa yang berubah cuma dia tidak memiliki (Nora) dalam Islam.
"Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam.
"Percayalah kalau dia milik ku, dia akan kembali milik ku," tulisnya bersama tanda pagar #NeNo dan #NedSatuSahaja.

BERITA TRENDING: 7 Tahun Bersama, Nora Danish Sah Bercerai Dengan Nedim Nazri - “Harap Tiada Teori Tentang Perpisahan Kami”

BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”

Hantaran itu mendapat sokongan moral daripada warganet termasuk rakan-rakan selebriti antaranya Zarina Anjoulie, Awal Ashaari, Ajak Shiro, Azrinaz Mazhar Hakim, Shuib Sepahtu, Sheila Rusly dan ramai lagi.
Terdahulu, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, Rabu.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

BERITA TRENDING: “Jadilah Macam KJ. Ukur La Badan Kita” - Nedim Nazri Aziz Akui Pernah Menolak Ditawarkan Pangkat Datuk

BERITA TRENDING: Netizen Beri Komen Berbaur Lucah Di IG Nora Danish, Nedim Balas - "Takkan Lah Nak Flat Macam..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.