gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tiada Siapa Dihalau… Peguam Anna Jobling Tampil Kongsi Video Situasi Di Parkir Kereta - “Dia Tidak Disentuh Atau…”

Umirah Halim
Umirah Halim
12/08/2025
13:31 MYT
Sponsor Banner
Tiada Siapa Dihalau… Peguam Anna Jobling Tampil Kongsi Video Situasi Di Parkir Kereta - “Dia Tidak Disentuh Atau…”
Kemelut antara pelakon jelita, Anna Jobling, dan ibu kandungnya, Ariz Arop, semakin panas apabila peguam pelakon itu, Wan Nurliyana Abdul Rahman tampil menepis dakwaan wanita tersebut kononnya dia dihalau keluar dari kereta oleh pihak peguam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nurliyana tampil memuat naik video memaparkan situasi ibu Anna Jobling berada di dalam kenderaan milik pelakon itu ketika ia diparkir di kawasan letak kereta.
Kemudian, Nurliyana dilihat membuka pintu kereta sebelum Ariz menjerit-jerit ke arahnya.
Bagaimanapun, punca disebalik kejadian tersebut tidak dapat dipastikan.
“Saya pergi buka kunci kereta kali kedua, tiada sesiapa pun yang dikeluarkan daripada kereta. Dia (Ariz) tidak disentuh atau dikeluarkan daripada kereta seperti yang didakwa, hanya kad akses milik Anna diambil dari kereta,” katanya.
Malah, dalam rakaman tersebut, kedengaran Anna meminta bantuan seorang individu bernama Fanna untuk mengambil kad aksesnya.
“Fanna, tolong ambilkan kad akses saya, ada di tingkap bahagian penumpang,” ujar Anna dengan nada cemas.
Selain itu, Nurliyana turut menolak dakwaan bahawa Ariz telah dikunci dari dalam kereta seperti yang tular di media sosial.
Menurutnya, kenderaan berkenaan sebenarnya boleh dibuka dari bahagian dalam dan ketika kejadian, ia berada dalam keadaan tidak berkunci.
“Kereta itu boleh dibuka dari bahagian dalam. Kereta tidak dikunci, tetapi individu itu masih enggan keluar,” katanya lagi.
Difahamkan, dalam video sama kelihatan Anna berada di dalam kereta lain sambil memerhati ibunya yang ketika itu berada di dalam kenderaan miliknya.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan dihalau keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Halau
#Ibu
#Peguam
#Anna
#Jobling
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement