HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
Seorang rapper terkenal dari Colombia menghentikan sebentar konsertnya untuk memarahi peminat yang dilihat membawa bayi ke persembahannya di Mexico baru-baru ini.
Maluma menyifatkan tindakan peminat perempuan yang membawa anaknya tanpa memberikan perlindungan pelitup telinga sebagai perbuatan kurang bertanggungjawab.
“Dengan rasa hormat, saya mahu bertanya berapa usia mereka? Setahun? Kurang? Setahun?
“Anda rasa ini idea yang bagus membawa bayi satu tahun ke konsert tanpa memakaikan mereka melitup telinga dengan bunyi sekuat ini?”soal Maluma seperti video yang tersebar dalam platform X, lapor People.
Penyanyi berusia 31 tahun itu juga berkata: “Bayi itu tidak tahu apa yang berlaku di sini.
“Lain kali tolong jaga atau beri mereka pelitup telinga. Serius, ini (bunyi) yang kuat. Anda patut bertanggungjawab.”
“Bayi itu tidak mahu berada di sini. Anda membawanya macam patung.
“Saya beritahu ini dengan penuh rasa hormat kerana saya kini juga seorang ayah. Tolong jangan bawa bayi anda ke konsert. Tolong lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Pelantun Sobrio itu menimang cahaya mata pertama pada Mac 2024 yang diberi nama Paris Londono.
Sejak itu Malumo selalu berkongsi perkembangan dan aktiviti mengenai anak yang dilahirkan pasangannya, Susana Gomez di laman sosial.
Must-Watch Video