HIBURAN
Tiada Persefahaman Punca Sia Fail Cerai
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sia dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya Dan Bernard pada 19 Mac lalu.
Menerusi laporan TMZ, Sia memfailkan penceraian kerana perbezaan pendapat dan sudah tidak sehaluan lagi.
Pelantun lagu Chandelier itu bagaimanapun memilih untuk mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anaknya Somersault Wonder Bernard dan terbuka untuk memberikan hak lawatan kepada Dan Bernard.
Untuk rekod, Sia dan Dan Benard mendirikan rumah tangga pad tahun 2022 selepas dua tahun bercinta.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Somersault Wonder Bernard, 11 bulan.
Sebelum ini, Sia pernah berkahwin dengan pengarah filem, Erik Lang, namun berpisah pada 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Must-Watch Video