gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Uyaina Arshad Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, - “Bukan Pengumuman Biasa”
HIBURAN
“Saya Perlukan Duit Itu Untuk” – Amir Rayu Bayaran Segera Duit RM 18,000
HIBURAN
Cantik Mengayakan Busana Pengantin, Adira Jawab Desas-desus Bakal ‘Naik Pelamin’ Lagi - “Kena Tunggu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Cantik Mengayakan Busana Pengantin, Adira Jawab Desas-desus Bakal ‘Naik Pelamin’ Lagi - “Kena Tunggu…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
06/08/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Cantik Mengayakan Busana Pengantin, Adira Jawab Desas-desus Bakal ‘Naik Pelamin’ Lagi - “Kena Tunggu…”
Penyanyi, Adira Suhaimi baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping gambar mengenakan busana pengantin di media sosial miliknya.
Penampilan anggun Adira dalam persalinan putih itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk spekulasi bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Bagaimanapun, pelantun lagu Ombak Rindu itu tampil menjelaskan bahawa penampilan tersebut hanyalah sebahagian daripada penggambaran untuk satu jenama busana perkahwinan bukan untuk majlis perkahwinannya sendiri.
“Kena tunggulah apa yang SAH, kena tunggu.
“Eh tiadalah, gambar itu sebenarnya saya baru habis pengambaran untuk bridal bukan saya punya hanya untuk promosikan,” katanya.
Dalam pada itu, Adira turut meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang mengambil berat dan terus mengikuti perkembangan hidupnya.
Baginya, perhatian tersebut membuktikan bahawa mereka masih menyayangi dan menyokong kerjaya seninya.
“Saya tahu peminat sentiasa nak menantikan apa yang baik untuk saya. Tapi bagi saya ia bagus sebab selagi mereka nak ambil tahu itu mereka masih sayang.
“Saya terima sahaja apa komen yang diberikan, apa saya buat pun orang akan komen dan tinggalkan pendapat. Jadi saya okay sahaja dengan komen yang diberikan,” tambahnya.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
Perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Kahwin Lagi
#Adira Suhaimi
#Busana Perkahwinan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement