,
Hiburan

"Tiada Mana-Mana Pihak Jadi Sasaran Lanun" - Penerbit Filem PASKAL

Kamaruddin Razal
29/08/2018
15:33 MYT
Penerbit filem PASKAL The Movie, Asia Tropical Films (ATF) tampil memberikan kenyataan mengenai isu pelakon dan pasukan produksi yang didakwa menjadi sasaran lanun ketika penggambaran sedang berlangsung.
Mahu menjernihkan keadaan, ATF memuat naik kenyataan media di laman Instagram rasmi PASKAL The Movie (@paskal_themovie) serta laman Facebook rasmi milik ATF.
"Dua hari ini kami mendapati sesetengah laporan berita menyatakan pelakon-pelakon dan pasukan produksi mengalami ancaman keselamatan sempena penggambaran dijalankan di pelantar minyak di Semporna, Sabah.
"Di sini, pihak kami, Asia Tropical Films ingin membuat penjelasan secara rasmi bahawa tiada mana-mana pihak yang menjadi sasaran lanun.
"Pihak berkuasa sentiasa memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat. Kami meminta maaf atas segala kekeliruan dan kesulitan. Sekian, terima kasih," katanya.
PASKAL The Movie diinspirasikan dari kisah benar dan memaparkan kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi, jangan lupa saksikan PASKAL The Movie pada 27 September ini di pawagam berdekatan anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sertai Perbarisan Merdeka Paskal, Hafizul Kamal Raih Sorakan Orang Ramai! - “Tabik Hormat Pada Panglima & Agong”

gempak
01/09/2022
09:50 MYT
Momen paling berharga.
Laman Utama

“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang

gempak
21/02/2022
12:40 MYT
Tahniah Taufiq!
Laman Utama

“Alamak Ini Bukan PASKAL, Ini PASRAH” - Gambar Hairul Azreen & Ammar Alfian Buat Ramai Berdekah!

gempak
24/05/2021
12:16 MYT
Kreatif betul!
Hiburan

“Tutup Tahun 2020 Dengan Gambar Al-Quran” - Ammar Alfian Khatam Al-Quran Kali Ketiga

gempak
22/12/2020
08:05 MYT
Alhamdulillah...
Hiburan

"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen

gempak
14/12/2020
01:15 MYT
Lagi bersemangat la bila dapat kunjungan isteri kat set penggambaran..