,
Laman Utama

Tiada Kluster Hari Raya di Selangor, Sektor Kilang Penyumbang Utama - Pengarah Kesihatan Negeri

Awani
07/08/2021
05:47 MYT
Tiada kluster daripada perayaan Hari Raya Aidiladha dari rakyat Selangor, sebaliknya penyumbang utama adalah daripada sektor perkilangan.
Demikian jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.
"Dari segi trend kes dikesan dalam negeri Selangor, kalau kita lihat penyumbang kes utama yang pertama ialah sektor perkilangan sebanyak 96 kluster bersamaan 54 peratus dari kluster perkilangan, diikuti kluster perkhidmatan, kluster tapak bina, perniagaan dan kelima adalah komuniti.
"Kluster-kluster lain menunjukkan kes amat sedikit.
"Kalau kita lihat trend berkenaan, kami juga cuba melihat adakah trend ini berkaitan dengan berkaitan sambutan hari raya sebelum ini, kita dapati tiada kluster sambutan hari raya.
"Bermaksud rakyat berada di Selangor amat akur dengan SOP dinyatakan dalam masa sambutan Hari Raya Aidiladha," jelasnya.
Mengulas lanjut Dr Sha’ari turut memaklumkan, daripada jumlah kes harian yang dicatatkan di negeri itu, sebanyak 40 peratus daripada kontak rapat.
Ia diiikuti 22 peratus kes bergejala, 20 peratus kalangan pekerja dan 14 peratus daripada kluster bukan pekerja.
Mengulas mengenai kluster perkilangan tambah Dr Sha'ari, penularan berlaku apabila pekerja tidak mematuhi SOP di luar kawasan kilang.
"Jadi kalau dikatakan, adakah semua kes daripada perkilangan, tidak.. tetapi kes yang ada kluster.
"Mungkin SOP mereka dipatuhi, tetapi selepas (pekerja) balik, mereka tidak patuh SOP dan apabila pergi balik ke kilang berlaku penularan.
"Bukan punca di kilang, majoriti mematuhi SOP di kilang, mungkin transmisi di luar kilang.
"Mereka balik semula ke kilang, ini saya rasa berlaku, sebab pematuhan di kilang amat bagus," katanya lagi.
Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.