,
Laman Utama

“Tiada Istilah ‘Mandul’ Dalam Kamus Kerjaya Saya, Yang Ada…”- Ini Penjelasan Doktor Pakar Sakit Puan

Syafiqah Jalal
25/06/2021
13:00 MYT
Isu pelakon dan pengacara Siti Elizad dihina dengan perkataan ‘mandul’ kerana belum berjaya hamil baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai netizen dan pelbagai pihak.
Tidak ketinggalan seorang doktor pakar perbidanan , sakit puan dan infertiliti yang berpengalaman, Dr. Maiza Tusimin turut tampil menjelaskan istilah ‘mandul’ yang didakwa tiada dalam kamus kerjayanya selama ini.
Malah Dr. Maiza menjelaskan beliau sendiri tidak pernah sekali menggunakan istilah tersebut terhadap pesakitnya.
“Sepanjang berkhidmat sebagai doktor, tiada pernah walau sekali saya menggunakan istilah ‘mandul’ kepada pesakit saya.
“Tiada istilah ‘mandul’ dalam kamus kerjaya saya…yang ada hanya ketidaksuburan atau infertility. Semoga Allah melindungi TTC (sedang cuba hamil) dari fitnah dunia dan dipermudahkan urusan,” jelasnya. Doktor pakar yang berkhidmat di salah sebuah pusat perubatan terkenal di ibu kota itu berkongsi pandangannya di akaun Instagram miliknya.
Beberapa hari lalu, Elizad memberitahu dia terpaksa membuat laporan polis susulan hinaan yang melampau dari salah seorang pengguna laman sosial terhadap dirinya yang masih belum hamil selepas lama berkahwin.
Rata-rata mengecam tindakan netizen tersebut yang didakwa sengaja ingin mencetuskan kemarahan serta dianggap bersikap kurang ajar.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka selepas berusaha pelbagai cara termasuk proses IVF.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.