HIBURAN
Tiada Gosip Liar, Azza Elite Mengaku Tak Pernah Ada Hubungan Dengan Mana-Mana Selebriti - “Sila Percaya, Semua Ini Benar Belaka”
Penyanyi dan pelakon, Azza Elite mendedahkan tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana selebriti sejak bergelar anak seni.
Menurut Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawari, dia tidak pernah mempunyai satu gosip liar meskipun mempunyai karakter yang gedik.
“Dalam Elite saya seorang sahaja yang tak pernah ada hubungan dengan mana-mana artis. Gosip liar pun tak ada walaupun saya nakal.
“Sila percaya, semua ini benar belaka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azza juga mengakui tidak mempunyai ramai teman lelaki semasa waktu muda.
Azza yang merupakan ahli kumpulan Elite meminta peminat untuk bertanyakan kepada teman baiknya, Abby Abadi.
“Azza Elite hot masa tu, suka tengok comel je walaupun getis ngan sexy, saya duk fikir berapa ramai la bf dia,” tanya netizen.
“BF tak ramai pun, tak percaya tanya BFF kita, Abby Abadi,” balasnya.
Must-Watch Video