,
Hiburan

“Tiada Bukti Saintifik Sajat Khunsa, Dia Kekal Lelaki”- Mujahid

Mya Amri
03/02/2020
22:52 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan tiada dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan secara saintifik bahawa Muhammad Sajad Kamaruzzaman adalah seorang khunsa, lapor Awani.
Beliau menjelaskan adalah menjadi kewajipan kepada usahawan kosmetik kontroversi itu untuk menunaikan ibadah umrah berlandaskan ketetapan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.
Bermakna Sajad juga harus mematuhi kesopanan dan undang-undang Arab Saudi mengikut fitrah kelahiranya dalam melaksanakan ibadah.
"Kami berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan oleh fatwa muzakarah haji yang telah jelas menyebut tanpa pembuktian tersebut, dia tetap kekal menjadi seorang yang asal jantinanya adalah lelaki.
"Maka segala hukum hakam yang dikenakan kepada mereka yang menjalankan ibadah umrah dan haji sama seperti lelaki lain," katanya dalam satu klip video yang dikongsikan kepada media di sini pada Isnin.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi pelancongan umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd pada petang Isnin susulan isu yang dipercayai membabitkan Muhammad Sajjad yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Mekah sehingga tular di media sosial.
“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajjad yang membuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Mekah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam.
“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM," katanya.
Selain itu, Mujahid menjelaskan tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM diambil kerana suruhanjaya berkenaan mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa khususnya kepada umat Islam.
“Oleh kerana itu saya telah meminta nasihat dan memberi pandangan bagaimana satu tindakan yang tegas tentang isu ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Mujahid memberitahu, pertemuan bersama Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang membawa Muhammad Sajad dan keluarganya pula bertujuan bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku di Mekah.
Sebelum ini, Sajad berkongsi beberapa klip video dan foto di laman sosialnya ketika menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian itu mendapat kecaman dari beberapa individu termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci.
PU Amin mendakwa perbuatan Sajad itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa di Mekah.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.