,
Hiburan

Thank You For An Amazing Night! Ini 11 Moment Manis Konsert Westlife Di Malaysia

Mya Amri
12/08/2019
15:23 MYT
Selama lebih 20 tahun berada dalam industri muzik... Ternyata persembahan kumpulan lagenda, Westlife tidak mengecewakan.
Hadir untuk menjayakan konsert Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur, Gempak diundang untuk merasai sendiri kehebatan kumpulan yang berasal dari Ireland ini.
Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang keseluruhan persembahan Westlife melainkan menakjubkan!
Di sini Gempak imbas kembali momen terindah yang masih lagi dirasai oleh peminat Westlife pada Jumaat.
1. Jumlah keseluruhan peminat yang hadir konsert Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur pada Khamis dan Jumaat adalah sebanyak 14,000.
2. Benarlah seperti ungkapan frasa ‘childhood memories’, Gempak sendiri menyaksikan pelbagai golongan usia yang hadir ke konsert tersebut. Paling menyentuh hati apabila ada beberapa peminat memimpin ibu mereka yang berusia lingkungan 40 ke 50-an menaiki tangga untuk memasuki Stadium Malawati.
3. Tepat jam 9:12 malam, konsert dimulakan dan peminat menarik nafas lega sebelum bersorak selepas dihidangkan dengan paparan visual setiap anggota Westlife dengan lagu Swear It Again.
4. Walaupun hanya berdiri di pentas sebelum memulakan nyanyian, sorakan peminat yang bergema di stadium sudah cukup untuk menilai betapa hebatnya populariti kumpulan yang dianggotai oleh Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily di Malaysia. 5. Personaliti setiap anggota juga tidak berubah, telatah lucu empat figura popular itu ketika berbicara mengenai diri mereka membuatkan peminat ketawa dan bersorak dengan kuat.
6. Selain itu, Westlife juga turut mengambil kesempatan memohon orang ramai membantu mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak Ahad lalu ketika menginap di sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan. 7. Walaupun berusia lingkung 39 ke 40 tahun namun tenaga yang diberikan ketika melakukan persembahan tidak langsung menggambarkan usia malah sukar untuk melihat mereka ‘semput’ di atas pentas.
8. Westlife juga turut membuat segmen tribute untuk kumpulan lagenda Queen dengan menyanyi lagu-lagi medley mereka antaranya We Will Rock You. 9. Antara lagu-lagu hit dan menggamit memori yang disampaikan Westlife adalah My Love, Uptown Girl, Swear It Again, I Have A Dream dan Flying Without Wings.
10. Bagaimanapun ketika mereka menyampaikan lagu Flaying Without Wings, peminat menjadi sedikit beremosi. Dengan kelunakan vokal Westlife dan penghayatan cukup mendalam semasa menyampaikan lagu tersebut menyentuh hati peminat.
11. Tidak dapat menahan sebak, ada peminat yang mengalirkan air mata, mungkin kerana menyedari memori indah yang dicipta bersama idola mereka sudah sampai ke penghujungnya. Secara keseluruhannya, konsert anjuran MacpiePro yang berlangsung selama dua hari itu ternyata meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminat mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat

gempak
17/06/2024
11:26 MYT
Biar hanya berselang masa setahun, kehangatan kumpulan Westlife tidak pernah padam.
Hiburan

Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!

gempak
19/04/2024
05:07 MYT
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Laman Utama

Perkahwinan Mewah Anak Bos Air Asia, Jemput Brian Westlife Nyanyi & Beri Tetamu Hermes

gempak
21/11/2023
13:41 MYT
Crazy Rich Surabaya
Laman Utama

Tak Cringe! Aksi 'Booty Shake' Westlife Di Axiata Arena Bikin Ramai Non-Stop Teriak, Ini 5 Momen Terbaik

gempak
25/02/2023
13:50 MYT
Penonton pun sama-sama beremosi!
Hiburan

“Permit Westlife Lulus, Mohon Peminat Jangan Bimbang” – Penganjur Beri Jaminan Konsert Berjalan Lancar

gempak
07/08/2019
09:07 MYT