,
Laman Utama

Thailand Buka Lagi Tiga Pulau Peranginan Untuk Pelancong Asing

Gempak
15/07/2021
23:35 MYT
Tiga lagi pulau peranginan di Thailand dibuka kepada pelancong asing yang sudah divaksin biarpun kes jangkitan di negara ini belum menunjukkan tanda-tanda reda.
Tiga pulau iaitu termasuk Samui, Tao dan Phangan.
Pada 1 Julai lalu, Phuket menjadi pulau peranginan pertama di negara itu yang dibuka kepada pelancong asing yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19.
Pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu menjalani kuarantin, namun perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum pergi ke wilayah Thailand yang lain.
Namun, berbeza bagi tiga pulau berkenan apabila pelancong yang tiba di Samui perlu tinggal di hotel yang mendapat kelulusan selama seminggu dan boleh keluar dari pulau itu pada hari ke 11.
Pelancong juga perlu mempunyai keputusan ujian COVID-19 yang negatif sebelum dibenarkan mengunjungi Tao atau Phangan.
Ketika ini, Bangkok serta sembilan wilayah dikenakan sekatan ketat COVID-19 termasuk perintah berkurung waktu malam.
Thailand merekodkan sebanyak hampir 9,200 kes jangkitan baharu dan 98 kematian hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Advertorial

10 Tempat Menarik Untuk Bonding Bersama Anak, Nombor 9 Tu Paling Rare Guys!

gempak
29/02/2024
10:20 MYT
Anak-anak confirm love tempat-tempat ni.